Sabtu, 18 Oktober 2008

BH 08 Pulau Perhentian

Bakti Huffaz akhirnya berlangsung. Saya bergeraka sehari lebih awal ke sana. Menguruskan hal ehwal yang belum sempurna.
Ketibaan sahabat yang lain disambut meriah. Majlis perasmian berjalan lancar. Malam Kesenian Islam mengajar saya banyak pengalaman. Tarian Yaban menjadi persoalan.
Menginap di rumah Ayah Mat (abg kori). Masak sendiri.
Melihat anak-anak pulau membuka paradigma baru pancaindera saya. Bahasa hati yang mulus mengucapkan segalanya. Mereka ketandusan kasih sayang. Sedikit sapaan membuatkan mereka meluahkan segalanya.
" abang.., boleh tak nak pegang tangan abang..." kata seorang remaja 11 tahun ketika berjalan menuju ke Sek Keb Pulau Perhentian untuk mengahdiri forum.
Syafiq, (Klik nama untuk gambar) seorang anak sulung yang tabah, melayani 4 adik tirinya meruntun air mata saya untuk mengalir. Impian yang beku dihadapan ayah bondanya tiba-tiba cair terluah dihadapan saya. Entah azimat apa yang dipakai.
" abang, nak tidur sebelah abang boleh tak..? pinta seorang remaja lagi ketika lambung saya berada dalam keadaan horizontal untuk melepaskan penat.
Kesibukan ibubapa mereka menjadi faktor utama. Ketandusan kasih sayang menyebabkan mereka terjauh dari fitrah sebenar seorang remaja.
Mungkin satu fenomena baru, remaja memenuhi ruang solat masjid kayu itu. Khusyuk mendengar cerita para nabi, tenang dan tenteram di hati melihat mereka berusaha menutp auratdengan sejadah semata-mata ingin berada dalam majlis khatam.
SUBHANALLAH
Hari ketiga memberi saya sedikit peluang untuk melihat bukit kebesaran Allah. Bersama abg Rosdi, menjelajah beberapa kawasan menarik. Menyelam bersama Nemo hitam kuning. Menatap karang yang berwarna warni, bertempiaran lari bila obor-obor menziarahi. Berenang bersama ikan Yu di Shark Point. Segalanya indah untuk diabadikan.
Saat itu, saya menyelam bersama Usu Gegar. Mengucapkan "uhibbuka lillah" dalam laut yang terbentang luas dengan bahasa hati dan naluri yang amat mudah difahami. Alangkah indahnya andai Achik, Ude dan Ateh bersama..Lagi indah jika dihadiri naqib, Abg Idris. Pasti ada sahaja provokasi dari beliau.
Aku syukuri nikmat-MU Ya Allah...
Bergaul dengan masyarakat yang sedikit 'fundemantalis' dalam amalan warisan agak mencabar emosi. Strategi diatur supaya impian digapai tanpa mnghancurkan prinsip. Saya menyusun langkah berhati -hati agar misi kali ini berjaya.
Siapakah yang akan menilainya....

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]