MOHON SUMBANGAN

Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sesi 2006-2009.

Sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu'tah, Jordan.

Justeru, saya amat mengharap dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari individu, kelompok, organisasi samada berbentuk tajaan, zakat atau infaq.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui email, blog dan telefon. Maklumat seperti yang tertera dibawah, pada Biodata atau klik -mohon sumbangan-.


Selasa, 14 April 2009

Cerita Tabung Ibu


Mengira syiling dari Tabung Ibu selepas esakan reda


Seminggu yang lepas, saya meminta izin untuk membawa kereta Datsun 120Y pusaka berwarna putih itu untuk ke Kuantan, tapi ibu berkeras juga mahu saya menggunakan kereta baru, Saga.

Minggu ini, saya meminjam seratus dari ibu untuk membeli alat pembantu kanta mata saya, a.k.a cermin mata. Dalam keadaan kemarau panjang, ibu menghulurkan kad gironya.

Semalam, saya memeriksa borang SSLN dan borang permohonan Jordan. Mengisi dan menyemak dokumen. Ke semuanya lengkap.

Kecuali...

Bank draf sebanyak USD 40.

Perancangan minggu lepas untuk meminjam duit dari adik perempuan saya hangus apabila duitnya dicuri tempoh hari. Duit yang dikumpula hasil jualan Muffin di sekolah habis lesap.

Untuk meminta dari ibu, sesuatu yang mustahil pada musim kemarau begini. Kalaupun tidak mustahil, saya cukup tidak sampai hati.

Jalan terakhir, saya menaip sms kepada seorang sahabat dengan hasrat untuk meminjam duit.

Hampa.

Beliau juga kekeringan dan hanya tinggal Allah dan Rasul, bak kata Abu Bakar.

Akhirnya saya tertidur selepas mengisi 7 borang setebal 20 muka surat.

Pagi ini, 14 April, ibu memanggil dari dalam biliknya. Jarang situasi ini berlaku. Saya jarang menjenguk bilik ibu semenjak ber-ayah 3 tahun lepas. Menghormati sebuah privacy.

Masuk.

Ibu menghulurkan kotak kain pelekat bejenama Atlas berwarna hitam. Saya menyambut.

Berat.

" tu, duit syiling yang ma simpan, pergi tukar di kedai Abg Azhar la untuk bayar draf bank awak tu..." ulas ibu sambil diperhatikan ayah.

Air mata saya tetiba mengalir.

Dan kini kembali mengalir saat saya sedang menulis cerita pagi tadi di cybe cafe..

Saya tidak dapat untuk meneruskan coretan. Ada mata tertumpu kepada saya...

Publish Post, bayar dan keluar dari ALC.

Terima Kasih ibu..jasamu takkan terbalas.

5 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid berkata...

salam juang..
smg Allah bantu dan mudahkan segala urusan abg ana ni..
ada mslh kwngn je, tpon@msg je ana..
insya Allah ana akan bantu sedaya mampu..=)

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid berkata...

salam juang..
smg Allah bantu dan mudahkan segala urusan abg ana ni..
klu ada mslh kwgn, msg atau kol je ana..
insya Allah ana akan bantu sedaya mampu..
ukhuwah fillah abadan abadaa..

Tanpa Nama berkata...

TERUSKAN PERJUANGAN..moga Allah permudahkan urusan ..amalkan 40 selawat nabi,,i.Allah hajat mudah untk di kabulkan..yasin tiap pagi x bole tinggal..mmg bnda yg mudah dan kte da taw,tpi skadar untuk pringatan semula..wasallm.

saraH²amizah berkata...

salam..hasanhusaini?
kalau ini hasanhusani senior saya dulu, kef halik?
hmm..sudah makin sehat.
kalau bukan pun, kefhalik juga.
ada prob duit?
meh bagi no akaun meh.saya boleh bantu insya Allah.

dah sampai jordan, jgn lupa ketemu sahabat seperjuangan saya,

Muhammad Hilal Asyraf di Uni. Yarmouk, Irbid Jordan.

moga ALlah permudah segala urusan

saraH²amizah berkata...

tapi minta maaf ye kalau saya salah orang!

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]