MOHON SUMBANGAN

Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sesi 2006-2009.

Sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu'tah, Jordan.

Justeru, saya amat mengharap dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari individu, kelompok, organisasi samada berbentuk tajaan, zakat atau infaq.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui email, blog dan telefon. Maklumat seperti yang tertera dibawah, pada Biodata atau klik -mohon sumbangan-.


Jumaat, 24 April 2009

Selamat Tinggal LUMIX



Selamat tinggal LUMIX. Kamera Digital semi pro pertama saya yang sanagt disayangi kini bertukar milik.

Dijual.

Banyak sungguh kenangan bersamanya. Namun, kesuntukan dan kemelesetan tika ini mendesak supaya ianya ditukar dengan wang ringgit.

Seorang sahabat memberi respon, “nta jual kamera tu…sayangnya..”.

Ya.Sayang seribu kali sayang.

Akhir Ogos atau awal September bakal terbang ke seberang laut.

Ke luar negara tanpa kemera bagaikan bermusafir dengan menutup mata. Sehala kenangan bakal menjadi 'kenangan' tanpa nyawa. Kenangan yang bisu, pekak dan tuli.

Mengukir kenangan diatas sekeping gambar, bagaikan menulis kenangan sebanyak sepuluh jilid THESIS diploma DQ.

Setahun yang lalu, saya juga telah menjual laptop kesayangan. Kini kamera kesayangan.

Kenapa tak jual Canon 1000D tu…? Satu persoalan dilontarkan oleh teman-teman.

Siapa yang tahu jawapannya…?

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam. enta ke syria?

Hasanhusaini berkata...

wsl, ana ke jordan...i.allah

Mahmud Syarif berkata...

haha....nape x cakap nak jual, org pun gila CAMERA....

Tanpa Nama berkata...

rasanya enta da tau~ saje ingatkan. amalkan surah waqiah~ semoga dimurahkan rezeki yg halal.

Hasanhusaini berkata...

hasanhusaini to mahmud :

mana tau ada org gile..xckp pon..xpe,kt kedai bnyak lg..

Hasanhusaini berkata...

to anon: i.allah..

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]