Rabu, 27 Mei 2009

Impian ku

Suatu hari, saya termenung usai solat asar di Jeti kayu di Tasik DQ.

Pelbagai persoalan cuba saya rungkaikan di gigi air yang tak cemuh mencari jalan ke hilir. Biar apa yang merintang, ia hanya cabaran, bukan halangan.

Semangat inovatif air disedari hasil provokatif naqib saya, Ust Idris yang senantiasa konstruktif dalam membina anak-anak usrahnya. Provokasinya sentiasa menjadi sumber inspirasi dan menjadi motivasi.

“ nta kena manjadi seperti air mangalir..sentiasa kareatif, inovatif mencari haluan untuk terus mengalir ke hilir..hasilnya, air ini adalah air yang bermanfaat. Tak seperti air bertakung yang saban hari makin keruh dan keruh”, usrah di tepi Alor Lempah sungguh memberi kesan sehingga hari ini.

Mendamba ketenangan tasik, saya memerah untuk menyusun beberapa puzzle yang kabur. Masa depan para penghafal kod etika yang paling ulung, formula perundangan yang paling canggih dan lengkap, iaitu manual operating untuk menjaga manusia dan alam – Al Quran.

Saya hidup dalam suasana yang tenang dan dikelilingi para penghafaz Al Quran. Harusnya saya bergembira kerana dikelilingi ahli syurga di taman syurga ini. Ironisnya, saya bersikap sebaliknya.

Saya lebih banyak murung, berbanding senyum. Tambahan pula, senyuman semakin menghilang ditiup badai taklifat sebagai Yang Dipertua. Berada dikerusi setinggi itu, semakin banyak suasana yang tidak selesa yang dapat saya lihat dan perhati.

Murung mengenangkan potensi besar yang tak mampu dimanfaatkan secara total. Entah apa yang menjadi pembantut.

Bimbang dengan harapan sahabat pimpinan dari Kolej dan Universiti di luar sana yang mengidamkan bintang-bintang serta mutiara berharga bakal terbit dari ufuk timur di kaki bukit Kuala Kubu Bharu.

Kehilangan semangat menambah maklumat cukup membimbangkan.

Akhbar yang dilanggan di maktabah hanya lumat dibahagian sukan.

History di Internet Explorer tinggalan hasil carian yang tidak bermanfaat. Lebih teruk, yang boleh diistilahkan sebagai maksiat.

Saya cukup cemburu dengan sahabat pimpinan lain yang mampu menghasilkan produk yang bermutu, mampu menguasai perlembagaan, menguasai undang-undang, kaunseling, psikologi, pakar strategik dan sebagainya.

Sedang kampus saya ‘hanya’ berbangga dengan Al Quran.

Kalimat ‘Hanya’ bukan untuk merendahkan martabat Al Quran, namun sedih dengan prestasi penghafalnya.

Mungkin saya tidak patut untuk menaruh harapan tinggi saya untuk mereka pikul. Namun begitulah impian saya. Mengimpikan suatu hari nanti, lahirnya huffaz yang mampu menguasai perlembagaan negara, menguasai kerenah birokrasi lantas mengatasinya.

Menguasai dua ilmu penting, ilmu akhirat dan kepakaran dunia.

Seperti harapan Ustaz Yusuf Rawa ketika dalam ucapan dasarnya mencanangkan – dewan ulama dan intlektual - maka saya pada hari ini mengimpikan huffaz intelektual yang bakal merobah masa.

Namun, sahabat saya masih terpenjara dengan dunia qiraat dan tarannum, lupa kepada kebobrokan serius di luar sana yang memerlukan perawat yang mahir dengan bidang tersebut.

Perawat undang-undang.

Perawat rasuah.

Perawat sistem muamalat.

Perawat keruntuhan akhlaq.

Saya mengidamkan penghafal dan pengKAJI formula ulung akan menjadi perawatnya.

Kita jangan hanya mampu berbangga dengan Us Tahir yang merupakan pegawai Al Hafiz yang paling tinggi S-nya di JAKIM. Bahkan kita perlu melihat lebih jauh ke hadapan.

Sejauh ajaran islam yang mengajak penganutnya melihat akhirat sejak di dunia lagi.

Tanamlah impian untuk mengganti Najib.

Tanamlah impian untuk mengganti Dr Zahid yang telah mengundur diri dari berdebat secara jantan.

Tanamlah impian untuk menggantikan juga Khairi yang kian disingkirkan.

Tanamkan juga impian untuk Menggantikan Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Kerana kita adalah generasi Al-Quran unik yang dinantikan Syed Qutb.

Tanamlah impian untuk menjadi Khalifah, kerana kita pemuda pemimpin masa depan.

Alangkah bagusnya jika impian itu menjadi kenyataan.

Semoga generasi selepas saya lebih terbuka dan mampu memecahkan benteng penjara tersebut.

5 ulasan:

  1. laisa kullu ma yatamannal mar'u yudrikhu...bersederhana dalam impian, namun perbanyakkan doa agar yang sederhana itu akan menjadi sesuatu yang hebat...=) Allah penentu segalanya, apa yang tampak pincang dipandangan manusia, tidak semestinya buruk dipandangan Allah...

    BalasPadam
  2. salam
    kalau smua nak jd najib sapa nak jd raja petra dan sapa nak jd dr aziz bari...
    bgitu juga 'siapa lg y nak mahir dlm bidang ilmu quran' saat smua org nak jd profesional,
    maafkan saya akh
    saya kagum dgn kamu,
    namun pbezaan pndgn mampu mnggencarkn lg dunia Islam

    be the best

    wassalam

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]