Ahad, 24 Mei 2009

Kenapa nak hafal quran ( forum )








Kenapa nak hafal quran.

Hadith Uthman R.A menjadi kebanggan para Huffaz. Hadith yang mengangkat golong yang bertungkus leumus dalam proses belajar dan mengajar Al-Quran sebagai manusia terbaik.

Lantaran, saya membawa sedikit tafsiran untuk membuka ruang ‘terbaik’ itu supaya lebih luas.

خير الناس أنفعهم للناس

Sebaik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat.

Penafsiran terbaik itu harus disertai dengan manfaat yang bakal kita sumbangkan kepada manusia. Bukan hanya sekadar untuk memberi manfaat kepada diri sendiri. Bahkan mampu menyumbang manfaat secara syumul dan luas.

Rahmatan lil ‘alamin.

Seterusnya, saya cuba kaitkan lagi ciri-ciri terbaik dari Al-Quran.

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Ali Imran 101.

TUGAS YANG LEBIH BESAR

Tugas kita bukan sahaja untuk membetulkan umat yang salah, bahkan kepada untuk menggantikan muslim warisan kepada muslim kesedaran.

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. Maidah 54.

Sudah menjadi kebiasaan yang menyakitkan, bahawa muslim warisan kebanyakannya tidak mampu menjadi muslim yang bermanfaat.

Berbeza dengan muslim kesedaran yang walaupun dicop dengan ‘orang baru’ dan orang yang tidak berpengalaman, namun mereka akhirnya menjadi tunggak kebangkitan islam.

Lihatlah nama-nama harum yang turut mengaharumkan islam. Mereka adalah orang baru yang dihantar oleh Allah untuk menggantikan mereka yang tidak bermanfaat.

Namun jangan disalahtafsirkan, saya tidak menafikan muslim warisan yang mempunyai kesedaran. Cuma saya cukup bersedih mengenangkan muslim warisan yang terus tenggelam menjunam dari memberi manfaat kepada islam.

Mereka seperti yang disifatkan oleh Rasulullah, “seperti buih dilautan”.

Kenapa nak hafal quran.

Jumaat malam.

Saya berusaha menghadirkan diri ke Darul Quran memenuhi jemputan sebagai panel forum sempena perasmian Seminar Pemantapan Al-Quran anjuran Jabatan Al Quran Darul Quran dengan kerjasama PERKEMAT DQ.

Bersama us Syafiq Jusoh membicarakan hal ehwal huffaz kontemporari yang kian kurang compatible-nya.

Saya pernah menulis setahun lepas, kenapa nak hafal quran. Cuma kali ini saya membentangkan tajuk itu secara verbal. Lebih tuntas, lebih jelas.

Saya cuba untuk memahamkan peserta, view sebenar tugas dan peranan huffaz.

Persoalan kenapa nak hafal quran kebiasaannya dijawab dengan jawapan yang cukup menyedihkan.

Tugas menghafal quran hanya digambarkan sebagai tugas yang kecil. Natijahnya hanya untuk menjadi imam besar dan kecil.

Mengambil sedikit cuma peranan sebagai asas untuk menghafal quran menjadikan para penghafaznya sebagai burung kakak tua. Sedangkan tugas hamalatul quran adalah pentafsir kepada al-quran yang menjadi formula kecemerlangan kehidupan insan.

Kita tak perlu menonjolkan ke’masyi’an untuk menjadi manusia yang bermanfaat, tapi kita perlu menawarkan kemahiran walaupun satu untuk memberi sumbangan. Pun begitu, bukanlah bererti masyi itu tak perlu. Yang terbaiknya tetap masyi + mahir.

Kemahiran yang bersumberkan Al-Quran.

Apa kemahiran itu?

Kefahaman tentang sirah?

Fiqh wa usuluh?

Sekali lagi saya memohon para pembaca untuk tidak menjumudkan kalamullah. Al quran bukan hanya sekadar sumber ilmu yang berkonsep ‘islamic’ semata-mata.

Bahkan al-quran itu adalah FORMULA. Formula yang harus diKAJI bukan diHAFAL semata-mata.

Bukan niat saya untuk menyalahkan tujuan murni si penghafal. Namun dengan niat tulus ikhlas untuk menyedarkan bahawa Menghafal tanpa ada keinginan untuk mengkaji formula agung itu merupakan kerugian yang amat menyedihkan. Dan kesedihan itu saya cuba salurkan kepada para peserta supaya mereka sedar akan kewajipan yang sedang mereka pikul.

Saya berusaha untuk mengajarkan mereka untuk memancing ikan. Bukan memberi mereka ikan.

Menyelesaikan real problem untuk mengatasi present problem.

Punca masalah merudumnya semangat `masyi’ quran di kalangan pelajar Darul Quran bukanlah dari kejahilan mereka tentang cara dan teknik untuk masyi, bahkan mereka jahil tentang tanggungjawab besar dan agung yang mereka pikul memerlukan kemasyian dan kesungguhan mengasah minda serta mengukir kepakaran untuk menjadi manusia yang bermanfaat.

Kejahilan tentang besarnya peranan yang mereka pikul menjadikan mereka manusia yang malas, lesu dan kurang menggunakan minda segar yang diisi al quran itu untuk mengkaji dan meneliti, berfikir dan akhirnya bertindak.

Mereka lebih suka untuk mencari waktu rehat dari waktu memberi manfaat. Sedangkan sahabat-sahabat mereka diluar sana bertungkus lumus berhadapan dengan masalah di medan sebenar. Sedang huffaz di DQ masih terkurung dalam medan fantasi. Fantasi untuk masyi tanpa disertai dengan kaji dan teliti.

Teringat kata-kata Abdullah Ibn mubarak kepada Fudhail Ibn 'iyadh yang sedang beribadat di Masjid Nabi.

" wahai 'abid dua tanah haram, andai kamu melihat kami sedang berjuang di medan realiti untuk menymbang kepada umat, necaya kamu akan merasakan bahawa ibadat yang kamu lakukan itu sebenarnya hanyalah mainan, janggut kamu basah dengan air mata sedang kami berlumuran darah"

Wahai huffaz, janganlah hanya mampu berbangga dengan hadith Uthman: “sebaik kamu adalah merak yang belajar al quran dan mengajarkannya kepada orang lain”.

Lupa dengan satu lagi sabda nabi : “sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat”.

Ya ma’syaral qurra’..irfa’uu ruusakum..qod waddhohalkumu al toreeq…

Bangkitlah duhai huffaz, bangkit menyelamatkan ummat…

Baca Juga Kenapa nak Hafal Quran 1

1 ulasan:

  1. saya setuju dengan buah fikran anda. sepatutnya orang-orang yang ingin mendatarkan diri sebagai penghafal al-quran menyemak dulu tujuan, kemampuan masing-masing kerana ada kata-kata Imam al-Nawawi yang menyebutkan bahawa dosa orang yang menghafal al-quran kemudian melupakannya adalah berat.. ada yang sengaja menghafal tak mahu mengulang, cuma mahukan syafaat yang sering diwar-warkan ..

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]