Rabu, 27 Mei 2009

Sembah patik pohon Durhaka.


Dalam bulan ini dua individu penting dalam oranisasi pemerintahan Malaysia jatuh sakit. Salah satunya Paduka Tuanku Sultan Kelantan yang gering akibat serangan jantung.


Baginda dirawat di HUSM Kubang Kerian. Alhamdulillah. Kerendahan diri Tuanku amat patik sanjungi. Tuanku tidak meminta untuk dirawat di tempat-tempat ekslusif sepertimana raja-raja sebelum ini. Tuanku lebih suka untuk bernaung di bawah bumbung yang sama turut menaungi rakyat-rakyat tuanku.


Ampun tuanku beribu ampun.

Namun hari ini patik merasa teramat sedih. Duka dengan kegeringan tuanku ditambah dengan duka tuanku meninggalkan rakyat untuk berubat di Singapura.

Patik pohon sembah durhaka Tuanku!

Patik yang lemah ini ingin menyampaikan pandangan patik dalam hal ini. Dengan kedudukan tuanku selaku ketua agama islam di Negeri yang kita sanjungi ini, patik mohon sembah untuk tuankut tilik seketika bagaimana halnya pemerintah ulung islam seketika dahulu.

Bagaimana dengan halnya Rasulullah?

Bagaimana dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali?

Bagaimana pula dengan Umar Abdul Aziz?

Ampun Tuanku Beribu ampun. Patik sembah durhaka dengan keputusan tuanku untuk berubat di negara jiran.

Rakyat tuanku amat sayangkan tuanku, masakan tuanku tidak yakin dengan rakyat sendiri sehingga sanggup mencemar duli menagih simpati dari Singapura?

Ampun Tuanku Beribu ampun.

Patik mohon tuanku renungi kata-kata Umar Al Khattab :

“ seandainya rakyatku kelaparan, maka akulah orang pertama merasainya, jika rakyatku kekenyanyan, maka akulah orang yang terakhir untuk menikmatinya."

Mulia sungguh sifat umar R.A yang menjadi contoh tauladan tuanku.

Tuanku, renungkan juga firman Allah :

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).

Pada hemat patik, tidak bagus untuk Tuanku berubat di Singapura sedangkan tuanku masih punyai tenaga kemahiran dan kelengkapan yang mencukupi di negeri tuanku. Tenaga dan kemahiran ini tak patut untuk tuanku bazirkan.

Seandainya kelengkapan di sini tidak mencukupi, bukankah lebih baik tuanku lengkapkannya dangan titah mulai tuanku, moga-moga rakyat tuanku juga turut merasainya.

Patik tertarik untuk mengisahkan cerita al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.

Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Lalu ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan.

An-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Hal itu kerana harta kekayaan istana masih belum digunakan.

Lalu An Nawawi berkata,

“Apakah telah habis harta kekayaan di istanamu? Apakah telah tuanku gadaikan segala kekayaan tunaku sehingga tuanku sanggup meminta kekayaan rakyat. Demi Allah, say tidak akan memberi fatwa untuk membenarkan tuanku mengambil harta rakyat sehingga tuanku menghabiskan dahulu harta tuanku, maka ketika itu, jika masih tidak mencukupi, patik akan membenarkannya.”

Patik pohon sembah durhaka tuanku.

Masih ramai rakyat tuanku yang melarat dan tidak mampu membeli ubat sekalipun yang patut diambil perhatian. Kasihanilah dan bantulah mereka setidaknya sebelum tuanku menyakitkan hati mereka dengan mendapatkan rawatan kelas pertama sedang mereka hanya mampu mengusapkan kesakitan itu dengan tangan mereka yang kian lemah dimamah kesakitan dan kelesuan. Sedang merak tidak mampu membeli ubat sekalipun, tuanku.

Sembah dari Patik,

Rakyat Kelantan dibawah payung pemerintahan tuanku.

Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min.
Patik pohon sembah durhaka Tuanku!

Baca juga : Siapa yang membazir, siapa yang patut berjimat

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]