Hujung minggu, saya berkesempatan ke bandar untuk mencukupkan bekalan kehidupan harian. Pengubat bosan, saya bawa bersama seorang sepupu yang baru berusia 4 tahun.
Umur yang sedang mabuk mengeja. Segala-galanya ingin dieja. Sehinggakan model kereta dan no.plat pendaftarannya sekali.
Fitrah benda baru, segalanya enak.
Namun hakikat sebenar adalah untuk menunaikannya dengan niat untuk
menyumbang manfaat nanti, apakah ianya masih segalak itu saat membaca menjadi
kewajipan?
Saya pernah menjadikan tugas memandu sebagai ubat mengantuk paling efisien. Sebut sahaja mahu ke mana, pasti mampu menjadi jawapan saya, meski pukul 4 pagi yang siangnya belum sempat
qailullah.
Namun kini?
Untuk mencukupkan jarak dua
marhalah boleh membuatkan saya menguap puluhan kali. Stamina sudah hilang berkala dengan
kegemaran yang bertukar menjadi rutin dan
kewajipan yang membosankan.
Mydin Kota BahruSeperti biasa, hujung minggu menjanjikan lautan manusia turun ke Bandar. Rakyat Kelantan dengan kuasa belinya yang maha tinggi membanjiri pasaraya yang ada di sekitar Bandar. Khususnya Mydin.
Usai memilih barangan yang diperlukan, saya menolak troli ke kaunter bayaran. Dengan
autopilot, saya mencari kaunter yang paling pendek barisannya.
Beratur.
Sepupu yang saya bawa bersama asyik mengeja apa saja tulisan yang terbayang dimatanya.
Tiba-tiba, baju saya ditarik-tarik. Saya menunduk dan bertanya, “ kenapa?”
Sambil memuncungkan mulutnya ke arah satu label dan mengeja.
W-A= Wa, N-I=ni, T-A=ta....
WANITA! Lorong Wanita!
“ Ni lorong wanita la abe long…nun lorong lelaki…” suara nyaringnya mudah menghinggapi cuping telinga mereka yang berada sekeliling.
Saya berbasa-basi, menarik troli ke kaunter sebelah yang agak panjang.
Kebiasaan saya di tengah ibu negara Malaysia melupakan terma dan undang-undang yang diamalkan di negeri sendiri. Kelantan tidak sama dengan Kuala Lumpur!
FITRAHFitrah kanak-kanak sekecil itu pasti akan tertarik ke arah yang baik. Mengikuti undang-undang fitriyah. Cuma, seandainya fitrah itu tidak dijaga dan dididik dengan baik, ia akan hangus ditelan kebiasaan yang dipaksa-paksa lantas merosakkan.
KEBIASAANSejak awal menjejakkan kaki ke Darul Quran, saya memasang tekad untuk menjadi
best student.
Maka, saya ke kelas seawal 7 pagi, sedangkan kelas akan bermula pada pukul 8 pagi.
Saya istiqamah dengan jadual yang saya bawa dari MTDQ Repek yang padat. Meng'haram’kan waktu selepas Maghrib selain dari diperuntukkan untuk menghafal ( dibaca mengulang ).
Saya beristiqamah untuk datang ke Masjid 1jam sebelum subuh. Jadual ketat saya sebelum ini (MTDQ Repek) dapat saya praktikkan dengan baik.
Namun itu hanya untuk beberapa bulan cuma. Selepas beberapa ketika, pergaulan dengan teman-teman, kekangan tugas dan sebagainya, saya terlencong dari ‘kebiasaan fitrah’ kepada kebiasaan yang buruk.
Kalau ingin disyarahkan dari sudut pandangan ‘Us Stephen Covey’ maka ia pastinya berpunca dari diri saya yang tidak Proaktif.
Hingga akhirnya, bagaikan nasi yang sudah menjadi bubur, saya menyesal dengan apa yang berlaku. Ingin saja dikalaukan apa yang telah dirancang dahulu berjalan lancar.
BAHARUKAN NIATKini, saya bakal melangkah ke dunia baru. Ke Dataran Syam Insya-Allah. Ameen.
Saya sudah mula memasang-masang tekad lagi. Untuk menjadi yang terbaik sekali lagi.
Sesuai dengan akta
imtihan Allah dalam surah
Al Mulk.
Mati dan hidup diciptakan untuk menguji, siapa yang TERBAIK amalnya.Berbagai niat di'pasangkan' di kepala.
Pengajian musim panas.
Talaqqi.
Ziarah Syria untuk ‘mencuri’ sanad dan sebagainya yang terlintas di kepala…
“ Ana nak buat
degree 3 tahun je kat Mu’tah” seorang sahabat memahat niat di Kuala Kubu Bharu.
“ Musim panas, ana nak ke Syria,
talqqi kitab dan
cari sanad Al-Quran dengan Syeikh Qurraa’..” azam seorang sahabat yang lain.
" Ingat ye janji kita, nak menadah kitab dan
muzakarah antara kita..." janji diingatkan oleh seorang sahabat.
“ Kat Jordan nanti, ana nak
tinggal dengan arab, senang dapat bahasa..” seorang lagi sahabat berazam luar kotak.
" ana kalau ditakdirkan ke Jordan, ana nak
mujahadah betul-betul..ana kesian pada ibu dan ayah ana, bukannya berduit sangat mereka tu...", seorang lagi merancang kehidupan.
"moga-moga hijrah ana ke Jordan, betul-betul
menghijrahkan ana ke arah yang lebih baik..doakan ana dapat kekuatan untuk tinggal perangai-perangai lama yang buruk..." keluh seorang sahabat lagi.
" Insyaalah, selagi ada rezeki untuk ana, kita akan berkongsi..kita akan saling
kuat-menguat dan
tak akan berpecah haluan..." lafaz ala bai'ah yang pernah dituturkan di tulang belakang semenanjung.
“ Ana nak sambung
master terus kat Jordan..” Getus seorang lagi.
Dan saya yakin, mereka semua berniat untuk menjadi yang terbaik demi Islam.
KEBIMBANGAN SAYASaya cuma mampu menawarkan kebimbangan untuk diambil perhatian andai ianya baik. Bimbangkan beberapa hepotesis saya menjadi kenyataan.
Bimbang kita bermudah-mudah dengan alasan uruf.
Bimbang kita mudah hilang identiti dan jati diri dalam kegelapan tanpa penyuluh melainkan diri sendiri. Andai diri berTAQWA, maka jalan yang baik itu senang dijumpai. Namun andai diri kontang TAQWA kerana maksiat dan nista, maka pastinya jalan itu sulit untuk dijejaki.
Bimbang kita melencong dari niat dan qasad awal. Bimbang juga teralih keutamaan dalam amalan.
Bimbang kita lupa akan janji-jaji yang pernah terlafaz.
Moga Allah mempermudahkan laluan saya untuk menjadi yang TERBAIK dalam konteks manusia dengan mampu memberi MANFAAT kepada Ummat…ameen.
P/S : Artikel ini ditulis pada 1 Julai 2009 dengan tajuk "Sebelum Kebiasaan Menyelimuti" dan diterbitkan semula atas asbab dan faktor yang munasabah. Moga saya tidak terlepas peluang untuk kali kedua....Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]