Sabtu, 25 Disember 2010

Membaca Hati Melukis Budi


KISAH PERTAMA

“Assalamualaikum.. .” Ibu di talian.

“Waalaikumussalam..ada apa ma..?

"Tak ada apa-apa. Cuma nak Tanya ayat ni je. Hukum bacaaannya macam mana, panjang atau pendek…?"

Ibu bukan selalu menghubungi saya kerana dia tahu, setiap hujung minggu, saya akan menghubungi beliau. Tapi kini, sudah lebih 8 hari saya tidak menghubungi. Saya tahu, bukan tujuan utama untuk bertanya tentang ayat, quran, tapi hanya melepaskan rindu untuk mendengar suara anaknya.

Maafkan anakmu ini ibuku. Bukan sengaja tidak menguhubungi ibu, tapi segala keadaan tidak memberi ruang kepadaku. Ruang masa yang begitu sempit meski selepas bergelar mantan. Kewangan yang semakin sempit meski ‘elaun’ telah dinaikkan.


Rabu, 22 Disember 2010

Monolog Bab Umrah


Kini...
Hatiku hanya layak memendam kata malah rasa,
Semakin kecut dan takut untuk menuntut cinta dan cita-cita,
Bimbang akan mencederakan hati mereka..
Ya Allah..
Jadikan hatiku SALIM sesuci hati milik Ibrahim,
Hati yang mengukir rasa dan menafsir kata,
Melunas cinta dan menggapai cita-cita,
Tanpa sekelumit dosa dan nista..
Diiringi redha yg Esa..

Dikarang selepas menunaikan tawaf sunat. Berteleku di Pintu Umrah, menghadap Kaabah menerusi Hijir Ismail. Terkenang Abul Anbiyaa', Ibrahim Alayhissalam. 

Hidup dengan penuh dugaan dari bapa yang mengukir berhala lalu disembahnya. Dibakar dnegan api marak setelah dakwahnya ditentang raja. Mencari bahagia bersama Sarah si penyejuk hati. Namun, kehendak ALlah tidak merezkikan mereka cahaya mata. Kemudiannya dihadiahkan dengan Hajar oleh Sarah yang setia, lalu dikurniakan Ismail. Berhijrah pula ke Tanah Gersang, Makkah yang tidak punyai hidupan. Akur dengan perintah Allah. Anak kecil dan isteri kesayangan itu ditinggalkan di sana. Sesekali kembali menjenguk, Allah perintahkan pula anak kecil itu disembelih. Ibrahim akur lagi. Itulah hati SALIM si kekasih Allah, Ibrahim Alayhissalam.

HASANHUSAINI,
Pintu Umrah, Al-Haram, Makkah Al-Mukarramah.
7 Zulhijjah 1431H 03.30AM

 

Rabu, 15 Disember 2010

Rindu Itu Tiba-tiba

Khalil dalam usrah Gegar bersama Abg Idris
Entah kenapa, tiba-tiba jari ini riang melompat untuk menulis kisah seoang ahli Gegar yang kini telah meninggalkan kami di Malaysia.  Mungkin ia menzahirkan kerinduan yang telah lama terpendam. Setahun lebih tidak bertentang mata. Rakan seperjuangan, teman tika susah dan senang. Saat ini, abang sulung saya itu pastinya sedang sibuk berpencak di UKM yang telah dilanda bahang PRK. Selamat Berjuang!!

Menatap gambar kenangan usrah, hati ini sayu tiba-tiba. Rindu menerpa mendadak. Lebih setahun tidak bertentang mata. 3 tahun dahulu, Along kami bertekad meninggalkan Darul Quran. Kehilangannya begitu memberi kesan. Kehilangan yang pasti tak berganti. Bersama adik-beradik gegar yang lain, bercerita bergembira, gelak ketawa, namun jauh di hatiku, alangkah baik kalau Khalil masih bersama.

Ahad, 5 Disember 2010

Memikat Hati Si Dia


"Ustaz, ana bakal melangsungkan perkahwinan Februari nanti. Harapnya, dapatlah ana dengar sedikit sebanyak nasihat dari ustaz sebagai bekal ana menempuh bahtera rumah tangga nanti." Seorang sahabat  dari seberang laut bertanyakan nasihat saya di suatu sore.

"Alahai Azman, nta pun tahukan, ana ni tunang pon tidak, macam mana nak jawab soal nikah kahwin ni..?" Saya menambah humor, menyempitkan jurang kami.

Selasa, 30 November 2010

Wasiat Terbuka Untuk Huffaz

Teruskan Manhaj Kebangkitan Generasi Al-Quran

Tulisan ini adalah khusus untuk sahabat Darul Quran. Ditulis sempena Muktamar PERKEMAT DQ tahun 2009. Diulang siar sempena Muktamar PERKEMAT DQ 2010.

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sewaktu warkah ini ditulis, para sahabat di Darul Quran semestinya telah selesai memilih pimpinan yang berkenan di hati masing-masing. Bahkan sedang bersiap sedia untuk bermuktamar pada keesokan harinya.

Selamat bermuktamar.

Pertamanya, sekalung tahniah dan takziah kepada mereka yang bakal memikul amanah yang maha berat dan tidak pernah terfikir untuk memikul jawatan itu. Apa yang kalian bakal rasai esok dan  hari  mendatang adalah apa yang saya dan kami pernah rasainya dahulu. Jalan saya dan jalan kalian adalah sama. Jalan khidmat yang tak akan menjanjikan pulang keduniaan.

Ahad, 21 November 2010

Lebih Pada Yang Kurang

Miqat Di Zulhulaifah - Bir Ali


"Menjadi juga perancangan nta untuk buat haji waktu muda ye...", tegur seorang teman melalui YM.

Tiada siapa yang menjangkakan, tahun ini saya menjadi tetamu Ar-Rahman menunaikan haji ke Mekkah. Saya sendiri masih separuh percaya, saya dapat menunaikan haji secara sempurna pada tahun ini. Masakan tidak, dalam keadaan semuanya kurang, saya sambut panggilan Haji ke Baitullah.


Ahad, 7 November 2010

Menyambut Salam Dan Seruan Cinta Ibrahim


Saya punyai seorang datuk. Susuk tua yang cukup mengkagumkan saya. Dari kecil hidupnya teruji dengan sejuta mehnah. Akhirnya bebas dari belenggu kekufuran. Berhijrah mencari damai dan mengubat hati bersih kurniaan tuhan. Dari Iraq, Mesir, Mekah dan mengakhiri kisahnya di Palestin.

Itulah datuk saya dan datuk kita, Nabi Ibrahim 'alaihissalam.

Nabi Allah yang namanya disebut ulang puluhan kali. Nabi yang menjadi Khalilullah. Baginda merupakan Nabi Allah, ayah kepada dua Nabi, Ismail dan Ishak, datuk kepada Yaaqub serta Moyang kepada Yusuf 'Alaihimussalam. Baginda Ibrahim disifatkan oleh Nabi Muhammad sebagai kembar kerana kemiripan mereka.(1)

Selasa, 2 November 2010

Saya Kembali

Lama benar tidak menulis. Lama benar tidak berkongsi. Bukan malas, bukan sibuk, bukan dah kecundang, namun hanya diri ini yang tahu, kenapa khabar minda ini semakin takut untuk terbit menjengah massa.

Mungkin alasan yang paling kukuh ialah, saya baru berpindah rumah. Darul Muttaqin yang baru sebulan diduduki. Kukuh. (padahal, rumah saya di Kelantan juga tak berinternet.)

Sudah banyak benar isu yang saya ketinggalan. Ulasan pertemuan dengan Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi juga belum selesai. Isu-isu negara juga tak tersentuh. Semalam, gempar pula dengan cerita tentang watak antagonis bekas AJK Dewan Ulama' PAS dan bekas Prof Madya juga bekas calon Umno di pengkalan Chepa. Ya Allah, tetapkanlah hati kami. Kawan-kawan juga kepelikan melihat laman blog saya yang kian berhabuk.

Khabar Dari Syam

Sudah setahun saya mengikuti sistem pengajian di Jordan, khususnya di Universiti Mu'tah. Sistem yang saya suka dan saya pilih. Suka kerana bagus dan pilih kerana perlu. Berkesan atau tidak, terpulang kepada bagaimana saya memanfaatkan kebaikan yang ada ini.

Isnin, 11 Oktober 2010

Serahkan Pemadammu KepadaNya

"Aduuh, macam mana tugasan ni mahu di susun ye...? KL - Kuantan - Bandar Baru Bangi dalam masa 10jam?"

Plan ke Kuantan dirancang seminggu yang lalu bersama Abang Izwan, naqib muda yang bakal bergelar ayah. Tiba-tiba, saya mendapat jemputan untuk menghadiri pertemuan dengan senior-senior Jordan. Ada majlis yang mereka adakan, saya salah seorang tetamu yang diundang.

Cerita diringkaskan. Selepas berbuka di Restoran Dusun, berhampiran dengan Tol Kajang bersama Usrah GEGAR, saya bergegas ke Kuantan bersama Abang Izwan, menghantar Syaukani yang diculik di KLIA sejak tengah hari lagi. Ibunya di Beserah sudah pastinya tidak sabar menatap wajah anak lelaki kesayangannya. Kereta Proton Iswara Aeroback 'kurniaan' Imam Muda Idris sudah cukup selesa untuk diterbangkan 250KM ke Timur tanah air.

Tepat jam 11.15 malam, kami mendarat di Beserah, Kuantan. Menghantar hadiah seberat hampir 70KG kepada keluarga Pakcik Adnan. Semoga bergembira.

Khamis, 30 September 2010

Zawaj, Ibubapa dan FACEBOOK.

"Larikan sahaja diri kalian dari mata manusia, nescaya Mata Allah senantiasa memerhati kalian, tanpa rehat mahupun tidur." Dr. Syuwesh berfalsafah lagi di dalam kuliah bimbingan beliau. 

Subjek Zawaj yang dibimbingnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbetulkan tanggapan segelintir minda tempang terhadap institusi perkahwinan.

Panahan cinta sebelum kahwin yang hanya menipu tidak akan mampu menyuluh masa depan yang berliku. Pandangan cinta sebelum kahwin cantik dan indah hanyalah kerana hiasan musuh celaka, Syaitan laknatullah. Lantas, segalanya hambar selepas akad sempurna. Tiada lagi kecantikan yang menghiasi, hanya benci yang berbaki. Lalu, gegaran Arasy yang menjadi jawapan kepada mereka yang menuruti kata hati yang mati. Maka, banyaklah rumahtangga yang hancur sebelum ianya ditimpa badai ujian.

Khamis, 16 September 2010

Malaysia, Selamat Kembali Ke Fitrah


Hooohoohooo balik kampung...
Hooohoohooo balik kampung...
Hati girang...

Gegak gempita kerata MPV buatan Korea milik En. Suhaimi. Anak-anaknya bergembira menyanyikan lagu lagenda nyanyia Allahyarham Sudirman. Gembira di hati En Suhaimi dan isterinya juga bukan kepalang. Kampung halan yang tenang dan damai seakan melambai-lambai kepulangan mereka. Hatta lembu dan kerbau ditengah bendang juga seakan turut bergembira. Mereka kembali ke kampung halaman. Kembali ke tempat asal.

Isnin, 6 September 2010

Menunaikan Hak

"Ma, hadiah dah sampai ke belum..?

Itulah pertanyaan saya sebaik sahaja menghubungi ibu di KLIA. Hadiah seberat 70kg, kiriman udara dari Bumi Anbiya' Jordan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 7.27 malam. Azan berkumandang, kurma dikunyah dan ditelan, iftar. Musafir selama 13 jam berakhir. Jordan, Lubnan, Oman dan Malaysia.

Udara tanah air yang lembap menyapa pipi. Hirupan udara khatulistiwa ini terasa basah dirongga hidung.

15 minit di balai ketibaan, naqib saya datang menjemput. Proton Iswara kelabu milik beliau sendiri. Beliau sudah pakar memandu sekarang. Senyum.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Pesan Untuk Saya

"Anak siapa tu? Pakai baju macam tak cukup kain, memboncengan dengan budak lelaki entah dari mana?" Tanya Paksu Leman.

"Oh, Itu anak Cikgu Basir, pengetua Sekolah Integrasi Muara Lumpur tu ", Jawab Makcik Temah.

"Eh, urus sekolah punyalah hebat, takkan urus anak 3-4 orang pon tak mampu.", Soal Paksu Leman kehairanan.

"Aku baru balik kerja ni tau tak, penat tak hilang lagi. Pergi main jauh-jauh...syuuuh..", usir seorang ayah yang dipejabatnya bergelar pakar motivasi handal.

"Yop, bangun, dah dekat pukul 7 ni..kamu tu belum solat subuh lagi." seorang ibu mengejutkan anaknya yang merupakan orang kuat agama dan tarbiah di Kampus.

Rabu, 11 Ogos 2010

Memburu Hilal Ramadhan 1431H

Selasa 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Sya’ban 1431H, Iraq, Jordan.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Mu’tah [PERMATA], melalui Biro Penerbitan dan Penerangan telah menjalankan aktiviti mencerap anak bulan Ramadhan untuk tahun 1431H. Program cerapan sebegini adalah yang pertama diadakan di Jordan.

Bergambar sebelum pulang ke Mu'tah

Selasa, 10 Ogos 2010

Bodoh Sombong Budaya Kita

Marah...?
"230 Dinar Urduni..." beritahu kerani kaunter bayaran yuran universiti. Matanya langsung tak memandang mata saya. Tajam merenung ke kaca komputer sambil tangan kanannya sibuk meletup-letupkan jari-ajri tangan kirinya.

Saya letakkan 130JD di atas meja sambil tangan kiri menyeluk saku mengambil baki 100JD untuk menggenapkan jumlah yang perlu dibayar. Duit yang saya letakkan dimeja diambil dengan tangan kiri namun kemudiannya dihempaskan semula sebelum resit saya dikoyakkan.

"Aku kata 230JD!! Bukan 130JD...Kalau kamu miskin, baliklah ke negara kamu! Jangan asyik meminta belas kasihan di negara kami!!" Matanya merah padam.

Isnin, 2 Ogos 2010

Saya Hilang Cerita

Hari ini Darul Muttaqin bertambah meriah. Kepulangan Syaukani dan Muhammad menambah seri. Saya seperti biasa cuba menjadi pendengar yang baik, menadah telinga mendengar cerita-cerita baru dari bumi Dimasyq.

Syaukani bersungguh dengan cerita sejarah, talaqqi dan kursus bahasanya di sana. Pengalaman bergaul secara hikmah dengan masyarakat di sana memberi pulangan yang baik. What you give, you get back. Pengalaman talaqqi beliau bersama para syuyukh di Syria memberi pengalaman yang sangat berharga.

Muhammad pula berkongsi cerita tentang perkenalannya dengan seorang guru. Maulana yang banyak mengusik jiwa dan pemikirannya. Manadah kitab dan bertalaqqi bacaan Al-Quran secara teliti. Huruf demi huruf ditahqiqkan tajwid dan makhrajnya.

Tidak kurang juga Fadzil yang begitu bersemangat. Berita penangkapan syeikh diulas dengan begitu 'panas'.

Saya...?

Tiada cerita untuk dikongsi. Tiada pengalaman untuk dicatatkan sebagai pedoman. Idea untuk menulis di blog juga semakin hilang. Kajian dan penelitian juga semakin tumpul. Perancangan ke Syria sudah tertangguh. Semester musim panas juga tertinggal jauh di belakang.

Ya Allah, aku masih hamba-Mu. Mencari yang terbaik dalam gerak dan langkah.

HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Isnin, 26 Julai 2010

Cadangan Kepada DACS




Kehidupan pasca millenium menyaksikan gelombang kehidupan digital yang semakin ganas menghempas dan menelan penduduk negara membangun seperti Malaysia. Gelombang ini tidak hanya menyerang di bandar-bandar besar, malah desa dan kampung-kampung turut menerima tempiasnya.

Kalau 5 tahun lepas menjadi tanda pembandingan, kita pastinya tidak mampu membayangkan bahawa sebuah rumah usang berdinding buluh kasap mempunyai  penerima siaran satelit Astro. Namun, pemandangan begitu menjadi satu fanomena biasa pada hari ini.

Khamis, 22 Julai 2010

Promosi Madu Yaman

Sahabat saya kini melata diseluruh dunia. Ada yang masih di Malaysia, malah ada yang sedang berkelana di hujung Asia. Salah seorangnya ialah Ustaz Zaidi Bin Zaid Al-Hafiz. Beliau kini berada di Yaman dalam proses menuntut ilmu.

Selaku perantau yang kini sudah berumahtangga, beliau kreatif untuk menjana punca rezeki secara sendiri disamping menerima bantuan  dan zakat dari orang ramai. Antaranya, beliau mengambil peluang berada di Yaman untuk menjadi pengedar MADU YAMAN yang terkenal. Maka, saya terpanggil untuk sama-sama membantu beliau dalam meneruskan proses pengajian beliau di sana. Moga saham kahirat beliau sedikit sebanyak akan mengalir kepada saya. Demikian artikel dari lawan blog peribadi beliau.

JIWA SUFI FIKRAH HARAKI : Mohd Zaidi Bin Zaid Al-Hafiz

Sabtu, 17 Julai 2010

Penyelarasan Subsidi : Sebuah Coretan

  
    Harga Minyak petrol Malaysia 2008     Minyak Petrol Saudi. Rs 10 = 20.9 Liter

* Artikel Jun 2008 yang diterbitkan semula dengan sedikit penyelarasan.

Tanggal 4 jun 2008, Perdana Menteri malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak yang memecahkan rekod kenaikan harga bahan bakar itu, petrol 78 sen dan RM 1 bagi diesel. Mungkin itulah tanda terima kasih beliau kepada penyokong setia kerajaan dan mungkin juga sebagai ancaman kerana mempercayai janji Pakatan Rakyat. Walaupun alasan yang diberi ialah kerana kenaikan harga bahan mentah itu di pasaran antarabangsa.

Khamis, 15 Julai 2010

Kahwinlah Kawan

Cerita sebegini biasanya panjang. Sememangnya panjang sehingga saya tak tahu, di mana harus dimulakan tulisan ini. Rantaiannya cukup panjang. Plotnya cukup rumit. Andai sejuta kalimah saya gunakan di sini, belum tentu ianya dapat difahami. Maka, kata cerdik pandai, kalam yang baik itu, sedikit kalimahnya, banyak pula 'ibrahnya.

Saya punyai ramai kawan-kawan. Eh, bukan kawan, tapi sahabat-sahabat. Herm, bahkan lebih tepat saya namakan mereka sebagai adik-beradik. Meski bukan adik beradik seketurunan, tapi kami rapat dan mesra. Rindu pastinya menjelma setiap kali kami berpisah.

Namun perpisahan terjadi jua. Kami terlontar ke seantero dunia. Mengutip mutiara-mutiara untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat Malaysia. Jarang benar kami berjumpa. Kekadang di talian, kekadang di impian. Banyaknya, rindu itu hanya kami pendamkan. Kami tahu akan kesibukan kami, bakal Pengurus Dunia.

Isnin, 5 Julai 2010

Prolog Muktamar



Sahabat-sahabat, anak asuhan para Syuhada', sahabat Rasulullah. sallahu'alaihiwasallam.

Proses memilih pemimpin adalah salah satu proses dalam usaha membangunkan agama. Justeru, Allah telah meletakkan prasyarat yang mesti kita penuhi demi menjadikan usaha kita itu dinilai baik oleh Allah. Saranan membela agama disertakan dengan syarat supaya jangan berpecah-belah. Sematkanlah ayat ini dalam dada kalian saat melayang pena, mahupun melunak lidah membela calon pilihan hati masing-masing.

"Hendaklah kamu dirikan agama dan janganlah kamu berpecah-pecah dalam agama" (26:13)

Bersatu-padu lebih baik dari mencari yang terbaik! Berpecah-belah itu lebih buruk dari memilih yang paling buruk.

Rabu, 30 Jun 2010

Kepemimpinan Manusiawi


Bahang Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA semakin menyala-nyala. Poster-poster dan banner memenuhi ruang wall Facebook yang menjadi pengganti dinding rumah persatuan. Status-status dari Yahoo Messenger juga mengalami transformasi yang meluas. Semuanya berkisar tentang pilihanraya.

Dalam Islam, tugas memilih pemimpin adalah tugas dan tanggungjawab yang besar. Kesilapan tangan memangkah akan menyebabkan kesan yang buruk berpanjangan. Pengamatan yang tajam dan penelitian yang terperinci harus dibuat sebelum tangan mengguriskan pena ke kertas pencalonan apatah lagi kertas undi. Tindakan itu mengundang soalan yang perlu dijawab secara tuntas dihadapan Allah.

Dewasa ini, tidak susah untuk mencari dalil-dalil dan nas yang memberi tunjuk ajar bagaimana protokol dan prosedur serta tatacara memilih pemimpin. Justeru, tulisan saya agak jauh dari berbicara tentang nas dan dalil. Psikologi kemanusiaan menjadi tema saya untuk kesekiankalinya.



Jumaat, 25 Jun 2010

Saya Juga Militan

JI dan Militan?
Awal Millenium, pasca kekalahan besar parti pemerintah di dua negeri Pantai Timur selepas ditiup gelombang reformasi, desas desus militan bakal mengamuk timbul. Heboh diperkatakan di seluruh tanah air, dada-dada akhbar terpampang tajuk-tajuk dengan tulisan gemuk hitam. Sekolah Agama Rakyat menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas itu. 

Tidak sedikit guru-guru dari SAR berpindah khemah mendaftarkan diri ke Kementerian Pelajaran Malaysia. Tidak sedikit juga jumlahnya pelajar yang sedang khusyuk dilentur dan diasuh di bawah teduhan atap zink lusuh yang menjadi atap SAR dipindahkan ke sekolah kementerian oleh ibubapa yang melatah dengan isu tersebut. Yayasan Islam Kelantan bagaikan lumpuh seketika. Gergasi pendidikan Kelantan, Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan juga merasai tempias itu. Saya yang masih berada dipondok tahfiz juga tidak terkecuali. Sanak-saudara yang 'nipis akidahnya' mendesak ibu agar memindahkan sahaja saya dari 'pondok militan' ke Sekolah Kementerian.

Khamis, 24 Jun 2010

Wanita yang bernama AYAH


Di Dukungan Ayah
16 Ogos 1965

Seorang bayi perempuan lahir. Bidan tua menyambutnya dengan senyum. Sihat anak hawa ini. Anak sulung kepada Abdul Wahab dan Meriam ini dinamakan dengan nama yang baik, Nor'aini. Cahaya mataku. Anak itu dididik dengan acuan agama yang baik. Ayahnya seorang guru agama. Ibunya peniaga kecilan di kampung.

Khamis, 17 Jun 2010

Wajah Dan Air Mata

Bulan Jun banyak menempa sejarah dalam diari PAS dan para pendokongnya. 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil Noor dijemput kembali ke sisi penciptanya. PAS sedang mekar memipin demokrasi baru rakyat Malaysia. Barisan alternatif bagaikan senget seketika apabila kehilangan tunggak besar, Presiden PAS yang pertama itu.

8 tahun kemudian, 15 Jun 2010. PAS kehilangan seorang lagi pimpinan kanannya. Us Hassan Shukri yang tidak dapat disangkan akan jasa dan baktinya kepada PAS dan Malaysia khususnya juga telah dijemput mengadap Ilahi.

Pastinya, insan yang paling bersedih dengan pemergian itu adalah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haj Abdul Hadi. Mursyidul Am dan Presiden PAS. 

Izinkan potret-potret berikut bercerita sejujurnya. Bacalah ia dengan bahasa jiwa. tatpilah ia dengan penuh rasa.

Isnin, 14 Jun 2010

DBH 1141 : Moga Ditemukan Semula

DBH 1141 bersama Usrah GEGAR di S3 Bangi
Sejak kecil, saya membesar bersama sebuah jentera beroda buatan Jepun. Datsun 120Y. Kereta milik datuk itu cukup banyak kenangannya kepada keluarga saya. Kepada ibu terutamanya. Dari milik datuk, kereta itu dipusakakan kepada nenek. Seterusnya kepada ibu.

Teringat celotah tauke besi buruk yang mengguriskan hati. Kereta lusuh itu ditimbang dan dinilai bersama besi buruk yang saya muatkan dalam bonetnya. RM 1250 sahaja nilainya.

Sabtu, 12 Jun 2010

Penjara Wasilah


Semalam, imtihan [peperiksaan] akhir semester kedua berakhir. Semalam juga, 43 orang sahabat seperjuangan menuntut ilmu di Dataran Syuhada' bermusafir untuk menjadi tetamu Allah ke Madinah dan Mekkah, mengerjakan umrah.

Dua peristiwa ini menyebabkan saya termenung. Tidur saya tidak nyenyak. Kejadian-kejadian yang berkaitan dengan  peristiwa itu bermain-main di benak kepala saya. Serabut dan meminta-minta untuk diselesaikan  dengan kadar yang segera.

Sesetengah sahabat dan teman-teman saya bergembira bagai nak rak, merdeka dari belenggu imtihan katanya. Dengan berakhirnya imtihan, berakhirlah juga tempoh 'baik', soleh dan tempoh belajar mereka. Bebas. Tiada lagi identiti seorang pelajar Syariah pada pakaian, tingkah laku, malah sikap mereka seolah mereka bukan lagi hamba Tuhan Yang Esa.

Teringat juga kisah perbualan saya dengan seorang pak cik arab di dalam Masjidil Haram, pertengahan 2008 sewaktu mengerjakan Umrah kali pertama. Pakcik yang kaya, lagi berharta, namun memencilkan diri dari dunia semata-mata mengharapkan berkat dan pahala di Tanah Haram. Tidak menghiraukan dunia luar, tidak pedulikan masalah umat, hanya semata-mata beribadat dan berkhulwah di perut Haram Mekkah. Sempitnya ibadat pada penafsiran minda dan akal beliau berbanding dengan luasnya kudrat yang beliau miliki.

Sabtu, 5 Jun 2010

6 Jun 1986-2010 : Meniti Sebuah Kehidupan


1986 
 Berada di dukungan Ayah tercinta. Anak sulung dari ayah dan ibu yang sulung. Cucu sulung dari dua datuk yang sulung. Cicit sulung kepada Moyang yang sulung.

Selasa, 1 Jun 2010

Babi dan Bangsatku Khusus Untukmu



Saya masih dalam fatrah peperiksaan akhir bagi semester kedua. Subjek yang dipelajari harus dihadam dari kulit ke kulit. Namun, meski dalam kesibukan imtihan, saya masih tidak sanggup membiarkan konvoi itu 'bersendirian'. Lantas, saya menemani malah 'menyertai' mereka. Bagaikan benar-benar berada di Kapal Mavi Marmara. Setiap berita saya ikuti dan teliti. Tambahan pula, jarak saya dan perairan Gaza tidaklah jauh. Israel pula adalah jiran kami yang paling 'rapat'.

Sejarah Yahudi Madinah dari kitab Fiqh Sirah karangan Syeikh Bouti yang sedang saya kunyah ini harus saya ambil 'ibrahnya secara realiti. Yahudi masih real seperti yang diceritakan 1400 tahun dahulu. Jahat, Zalim, Kejam, penipu dan seribu satu keburukan.

"Kami sekali-kali tidak akan membenarkan konvoi ini sampai ke Palestin. Kami menganggap ini adalah provokasi yang tidak perlu. Palestine dan penghuninya selamat bersama kami," kata Menteri Luar Negara Haram Israel. Peristiwa ini saya rakamkan 2 hari sebelum serangan berlaku.

Khamis, 27 Mei 2010

1400 Tahun : Dahulu Dan Hari Ini



1400 Tahun Yang Lalu

Sedang berbincang dengan para sahabat yang berada bersama baginda, Rasulullah bersabda :
“Sungguh Konstantinopel benar-benar akan ditakluk. Sungguh, sebaik-baik panglima adalah panglima perang pembuka Konstantinopel dan sebaik-baik tentera pembuka Konstantinopel.” (Sunan Ahmad)

Para sahabat menjadi ta'ajub. Masing-masing menaruh harapan untuk menjadi watak utama dalam usaha membebaskan Kostantinopel. Abu Ayyub Al-Ansari adalah salah satu dari kalangan sahabat yang cukup obses dan optimis dengan janji tersebut. Pemergiannya ke Kostantinopel pada hujung usianya adalah musafir yang tidak akan kembali semula ke Madinah. Abu Ayyub dimakamkan di tanah Kostantinopel. Derapan kuda Muhammad Al-Fateh 800 tahun kemudian pastinya didengari oleh Abu Ayyub Al-Ansari yang bersemadi di situ.

Rabu, 19 Mei 2010

JUDI : Untuk Kalian Para Agamawan






"Kami mahu para Mufti menyatakan pendirian terhadap Isu Judi Bola Sepak", Teriak seorang pemimpin demonstran. Lantang suaranya dicorong mikrofon sebelum ala itu dirampas polis.


Di Mana Pendirian Majlis Fatwa? Tajuk artikel terpampang di dada akhbar elektronik.

Para pimpinan NGO pula tampil mendesak para pemimpin institusi agama tampil memberi pandangan dan menyatakan pendirian.

Pimpinan politik pula bermain dengan ayat-ayat mantiq mengajak manusia dan ummat berfikir.  "Kalau arak di Hulu Selangor HARAM, kenapa Judi di BACHOK halal..? Sedangkan kalimah judi [maisir] mengekori kalimah arak [khamr] dalam ayat yang sama...?.

Isnin, 17 Mei 2010

Wabak Elektrostatik



Sebulan dua kebelakangan, berita laptop rosak kian kerap didengari. Satu demi satu laptop bersemadi dan disemadikan. Semuanya menerima nasib yang sama. Kerosakan serius samada pada bahagian cakera keras [hardisk], RAM dan papan induk, [motherboard].

Laptop saya salah 'seorang' dari mangsanya. 'Beliau' telah bersemadi buat kali pertama sebulan yang lalu. Namun diselamatkan dengan organ baru dari Malaysia. BENQ S42 itu bernafas semula. Namun, dua minggu lepas, 'dia' kembali semula ke alam Barzakh.

Rabu, 12 Mei 2010

Tiga Watak Utama

Sesebuah tamadun tidak akan berdiri teguh andai tiga komponen utama ini tidak berada pada landasannya yang betul. Namun, di antara ketiga-tiga komponen tersebut, Ulama dan hukama’ yang paling penting. Malah, jika dibandingkan pula ulama’ dan hukama’ , maka ulama’lah yang akan menduduki senarai tertinggi carta kepentingan dan kebergunaan mereka di mata tamadun. 

Cerdik pandai menafsirkan Ulul Amri [ketua] yang diisyaratkan oleh Allah di dalam surah An-Nisaa’ ayat ke-59 itu terbahagi kepada dua jenis ulul amri. Pertama, pada bidang siasah [politik] dan yang kedua pada bidang ilmu dan pegangan kepercayaan. Maka, hukama’ akan menjadi ulul amri pada sistem siasah dan politik manakala ulama’ akan menjadi ketua di laman ilmu dan kepercayaan. 

Ketaatan kepada kedua-dua pimpinan ini bersyarat, bukan seperti ketaatan kepada Allah dan rasulNya yang mutlak. Maka, andai salah satunya melencong dari landasan sebenar yang digariskan oleh Islam, tidak ada lagi istilah ketaatan kepada ketua. 

Khamis, 6 Mei 2010

Menyambut Salam Cinta Ibrahim


Saya punyai seorang datuk. Susuk tua yang cukup mengkagumkan saya. Dari kecil hidupnya teruji dengan sejuta mehnah. Akhirnya bebas dari belenggu kekufuran. Berhijrah mencari damai dan mengubat hati bersih kurniaan tuhan. Dari Iraq, Mesir, Mekah dan mengakhiri kisahnya di Palestin.

Itulah datuk saya dan datuk kita, Nabi Ibrahim 'alaihissalam.

Nabi Allah yang namanya disebut ulang puluhan kali. Nabi yang menjadi Khalilullah. Baginda merupakan Nabi Allah, ayah kepada dua Nabi, Ismail dan Ishak, datuk kepada Yaaqub serta Moyang kepada Yusuf 'Alaihimussalam. Baginda Ibrahim disifatkan oleh Nabi Muhammad sebagai kembar kerana kemiripan mereka.(1)


Isnin, 3 Mei 2010

Bicara Iman & Cinta Untuk Anak Kinanah

Purnama demi purnama berlalu. Bumi Kinanah bercahaya. Namun isinya kian hari diselami kelam dan gelap. Isu pendaftaran nama belum lagi selesai. Timbul pula isu perpindahan dari Mansurah ke Kaherah. Belum selesai satu isu, timbul pula isu lain.

Diari perkenalan dengan Bumi Kinanah itu bermula dengan isu pembacaan kutub Sittah. Seterusnya diziarahi pula dengan isu-isu yang menjerut kehidupan seharian mereka. Isu fitnah pegawai Safarah juga datang membelit.

Saya di Jordan cukup simpati dengan sahabat-sahabat di Bumi Kinanah itu. Terlupa bahawa sendiri terhimpit bila mengenangkan himpitan mereka lebih teruk dan tragis.

Terbayang, bagaimana perasaan ibubapa miskin yang telah bergadai ribuan ringgit untuk menjamin keselesaan anak-anak mereka menuntut ilmu. Namun hasrat itu tergantung di tengah jalan. Proses paling ringkas untuk meneruskan pengajian masih belum berjaya. Entah siapa yang harus dipersalahkan. Pendaftaran pelajar belum terlaksana. Nama para pelajar tahun satu belum dimasukkan dalam senarai pelajar Maahad Qiraat Shoubra.

Jumaat, 30 April 2010

Moga Dikau Suraqah Kedua

Hari ini bergegar berita di Facebok berkaitan dengan seorang pemuda yang ingin membunuh Tuan guru Nik Abdul Aziz. Rela dihukum bunuh semula andai berjaya menamatkan hayat susuk lemah yang sedang menerajui pemerintahan di Kelantan.

Saya tak mengenali beliau sebagai seorang Mursyidul Am PAS. Saya mengenali beliau sebagai seorang Menteri Besar sejak saya berumur  tahun. Saya mengenali Tuan Guru selaku guru yang paling mursyid di Negeri Serambi Mekah. Negeri saya berteduh.

Dan, saya amat marah andai ada orang yang ingin apa-apakan guru saya. Saya amat marah. 

Saya juga marah andai ada yang ingin mengapa-apakan jasad Muslim. Apatah lagi jasad pemimpin negeri umat Islam yang Muslim. Jahiliahlah sesiapa yang membunuh pemimpin. Saya amat marah.

Namun, saya cuba memendam marah. Ya. Memendam marah. Maka saya hanya mampu berdoa dari Dataran Shuhada' Mu'tah supaya pemuda muda sehari dari umur saya itu bakal menerima hidayah dari Allah. Tidak mustahil. Ia pernah berlaku pada Suraqah Bin Ja'sham yang memecut kuda pada waktu pagi ingin membunuh Nabi Muhammad, namun kembali ke Mekah sebagai pembela Rasulullah s.a.w yang setia.

Rabu, 28 April 2010

Antara Helah dan Pasrah


AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah (gambar), 15, yang membabitkan empat pegawai polis, pagi semalam.


“Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi,” jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.
Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

Ahad, 25 April 2010

Hikayat Si Penebar Roti

Setahun yang lalu.

Kesibukan dan kesuntukan masa membelenggu saya. Ibu selalu bertanya, bila saya akan bermukim di rumah. Masakan tidak, pengajian saya di Darul Quran telah tamat Februari 2009. Namun, Jun hampir berlalu, dan saya masih menjadi anak rantau. Membesar dalam kereta.

Berurusan dengan SMUTEM DQ dan Kemeterian Pengajian Tinggi, mencari sumbangan untuk menyambung pelajaran, dan mencari sumber pendapatan.

Sesi berkhidmat sebagai pendidik telah tamat. Saya dan Syaukani telah bersara dari dunia pendidikan di Sekolah Tenik Kuantan. Sumber pendapatan baru harus segera dirancang. Setelah mencuba beberapa usaha, akhirnya roti canai menjadi pilihan saya. Berniaga roti canai kepada sahabat-sahabat Darul Quran.

Bermulalah episod menghargai sebuah kehidupan. Saya menjadi seorang penebar roti canai. Menguli, mengadun doh, canai, masak, buat kuah dan menjual. Semuanya sendirian. Bukan senang untuk membuat 300-400 biji roti canai. Letih dan penatnya bukan kepalang. Sakit pinggang, lelnguh kaki dan tangan.

Khamis, 22 April 2010

FOTO UTHMANI STUDIO



Khusus untuk warga Mu'tah dan Jordan, Foto Uthmani Studio menyediakan khidmat fotografi profesional melalui gajet kelas pertama dengan harga termurah. Privasi anda dijamin terjaga.

[Klik Untuk Besar]

PAKEJ KAMI :
  • Studio Bait Muslim
  • Studio Cahaya Mata
  • Studio Ibu Mertuaku
  • Studio ID Passport dan VISA
  • Studio Peribadi
  • Photo Printing
  • Designer
Pakej Asas bermula dengan Harga JD1

**SPECIAL PROMOTION**
Studio Konvokesyen @ Takharruj untuk bakal graduan.

Unlimited Photo Shoot [50 Keping +]
1 Keping Gambat Pentas @ Skrol [A4 Print]
2-5 Keping Gambar Studio
2-5 Keping Gambar Pentas
Photo Slideshow/Album CD/DVD
Free Photoshop Editing
**ONLY JD10**

BACK to | SERVICES 

Hubungi : Ihsan Fadhli 0786669630 @ Darul Muttaqin

Ahad, 18 April 2010

Vaksin Bisa Jarum Dajjal

Sejak kebelakangan ini, saya sering dikirim dengan email-email, posting blog, Facebook, YM dan pelbagai jenis alat teknologi canggih tentang beberapa peristiwa ajaib.

Fenomena 'ajaib' alam ciptaan Allah ini disebarkan secara meluas. Paling popular adalah kisah 'Pertemuan dua laut' dan 'Sungai Bawah Laut.'

Puluhan email hinggap di kotak masuk akaun email saya. Dari individu, Yahoo group, malah tag dari Facebook.

Saya lantas membaca email-email dan komen-komen  serta respon yang diterima.

Alhamdulillah. Rata-ratanya bagaikan cukup dekat dengan Tuhan Sang Pencipta. Kalimah Subhanallah pastinya terselit di celahan komentar ta'ajub para pembaca. Saya tersenyum.

Namun, tiba-tiba senyuman saya diragut oleh sebuah perasaan. Rasa serba tidak kena bertamu di hati. Rupanya, saya hanya asyik melihat sisi cerah fenomena ini. Terlupa untuk meneliti sisi gelapnya. Satu kebimbangn timbul apabila saya meninjau sisi gelap fenemona Subhanallah ini.

Jumaat, 16 April 2010

Warna-Warni Hidup Pejuang

Semakin hari, Islam semakin dihimpit. Secara langsung, atau secara tidak disedari. Oleh kuffar atau oleh Muslim sendiri. Sunnah Allah ini sememangnya tidak mampu untuk diubah walau sedikit. Islam dan Muslim senantiasa akan dicabar, diuji dan disaring. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti, siapa yang benar-benar ikhlas dan istiqamah tegar bersama Islam.

Sejak zaman permulaan Islam sehinggalah zaman sekarang, ujian tak akan kesudahan. Tinggal lagi, apakah kita berani mendepani cabaran ataupun lari menyelamatkan diri. Maka, yang lari dan memeberi alasan itu akan tersingkir dari menerima layanan yang baik dari Allah. Kita doakan supaya akibat yang buruk tidak menimpa mereka hasil perbuatang pengecut itu.

SUNNAH PERJUANGAN

Meniti sirah perjuangan Nabi-nabi, para sahabat dan pejuang Islam pada zaman dahulu cukup baik untuk diambil iktibar. Namun, bagi kebanyakkan orang, ianya adalah tugas yang menjemukan. Membelek sejarah yang membosankan.

Ahad, 11 April 2010

Liku Insan Mencari Tuhan

Sepanjang hujung minggu ini, saya merasa tidak selesa. Buku yang baru dibeli dari Malaysia belum habis dibelek dan dibajak. Teguran keras saya petang tadi benar-benar menghantui diri. Pastinya, banyak hati terluka dengan tindakan itu. Mungkin caranya salah, namun mesejnya pula jangan dilupakan. Pada saya, itu bukan caranya untuk mengukir kenangan indah. Itu bukan cara orang Syariah.

Bacalah...carilah maklumat, anda akan tahu, kenapa saya berang dan bengang. Ianya bukan berdasarkan material, tapi spiritual. Bukan kebendaan, tapi pemikiran. Tahap pemikiran yang menjadi ukuran kematangan. Tahap matang seorang pejuang. Matangnya Al Fateh pada awal 20an. Matangya Ali pada belasan.

Saya hanya menawarkan kebimbangan berdasarkan pengamatan dan pengalaman serta pembacaan. Sejarah jujur mengajar. Sirah telus bercerita. Figur dan sosok yang bijak dan handal membela Islam itu, bagaimana karaternya...? Saya bukanlah anti hiburan. Bukan juga anti gembira dan gurau senda. Saya juga manusia. Bergembira dengan kegembiraan teman, dan sedih dan bersimpati dengan kesedihan mereka.

Ya, sahabatku, mungkin caranya salah, namun mesejnya pula jangan dilupakan. Bukanlah tindakan ini menjadi tanda benci, bahkan kalianlah yang paling daku sayangi. Bukan senang untuk dipertemukan dalam jalan Aqidah dan perjuangan. Bukan senang untuk bersaudara dengan ikatan Iman. Andai ada utusan Allah yang menanyakan, "siapakah teman cerita dan cintamu? Maka nama kalianlah yang akan daku senaraikan.

Khamis, 8 April 2010

Sahur Khayalan

"Besok ada intikhabat, so, tak ada muhadharah la...seronoknya..." girang seorang sahabat sewaktu kami sama-sama melangkah masuk ke bangunan Fakulti Syariah untuk memulakan kelas pada hari Selasa.

"Betulke..?" saya meminta kepastian.

"Haa...betul la..memang begitu setiap tahun..." beliau meyakinkan saya.

Rabu, Khamis Jumaat dan Sabtu. Empat hari yang cukup bermakna untuk saya menjadi tetamu Syam. Khayalan saya serta merta terbang melintasi sempadan Jordan ke Syria. Lorong Suuq Halawiyyat di Bab Musalla menjadi destinasi. Terbayang wajah Azan di Sumeriyyeh tempoh hari. Terkenang juga isi YM Abang Izwan yang menghembus nafas kecewa.

Selasa, 6 April 2010

Kaca Mata Seorang Roomate

2001

"Aku tak ada duit lagi la untuk bayar baki ni..nanti hujung bulan aku bayar le...boleh ke..?"  saya cuba meminta simpati.

" Tak apa, tak ada masalah...petang nanti potong rambut aku percuma ye...", Hafizul Husna membalas dengan senyuman. sedikit ketawa menghiasi hujung selorohnya.

Selepas siap kepala beliau dibotakkan, bahu saya ditepuk.  

"Hutang tu, aku halalkan je la ye...terima kasih botakkan kepala aku.."

Perkenalan saya dan Hafizul tak lama. Roomate itu hanya sempat dua bulan bersama saya mengabadikan kenangan di B13. Asrama lagenda Maahad Tahfiz Darul Quran Repek.

Isnin, 5 April 2010

Kenduri Daging Mentah

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Selasa, 30 Mac 2010

Minda Negarawan

Malam ini, saya meluangkan masa selepas menelaah beberapa laman blog untuk menambah thaqafah dan pengetahuan isi semasa untuk menyiapkan tugas penting – menyemak kertas jawapan peperiksaan.

Kertas sejarah tingkatan 4 dan 5.
Kurang 10 keping yang saya semak, satu pemandangan baru terlukis di minda saya tentang landskap sebuah pemahaman yang sebelum ini berterabur.

Tiba-tiba datang satu mesej dari Marwan, usrah Ghuraba’ DQ.

Mesej yang mencantumkan puzzle landskap pemikiran saya dengan lebih lengkap.

Falsafah INQILABIYYAH.

Kemahiran sebenar NEGARAWAN.

Kemahiran untuk meRUNTUHkan dan memBINA semula dengan lebih baik. Kemahiran menyediakan alternatif.

Selasa, 23 Mac 2010

Nikmat Sebiji Telur


Goreng telur-Goreng telur


Sedap....(nikmat air tangan sendiri)


Kini, giliran saya menyelia kanak-kanak di rumah. 5 orang sepupu berumur 2-8 tahun bukan kepalang untuk diurus.

Makan, minum, mandi, menangis.

Main, bergurau, jatuh, nangis lagi.

Lapar, nangis juga.

Segalanya nak diuruskan. Aduh, pening kepala.

Sabtu, 20 Mac 2010

Teman, Sahabat dan Guru

"Salam, minta abang senaraikan tokoh huffaz yang telah berjaya..."  Seorang junior saya menulis di YM.

Ini Jawapannya...Untuk anda dan saya renungi.
"Kembara hidup ini semakin pantas...tak mungkin masa itu dapatku pintas. Namun sepanjang perjalanan meniti masa itu, ku temui ramai insan yang menjadi guru dan teman. Terima kasih atas lorekan kenangan. Akanku abadikan selagi hayat dikandung badan!" [Kekanda Ridzuan Khalin]
Saya punyai ramai teman, kawan, sahabat, junior dan senior melata di seluruh pelusuk dunia. Mereka yang pernah saya kenali dalam diari hidup saya di bumi Allah ini. Ada yang masih rapat sehingga hari ini. Ada yang sudah terputus hubungan. Ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga dan mendapat cahaya mata. Malah ada yang telah kembali ke sisi yang Esa.

Teman, sahabat dan kawan. Mereka sebagai guru, mengajar erti kehidupan kepada saya.

Selasa, 16 Mac 2010

Mereka Bertempik Lagi

Boikot barangan Sweden !

Boikot Barangan Sweden !

Apa barangan Sweden...? 30% dari enjin kenderaan berat di Malaysia dari Sweden. Scania menjuarai senarai enjin terbaik. Bas-bas kerajaan menggunakannya. Bas-bas ekspres juga tak ketinggalan. Lori dan tak pengangkutan juga begitu.

Boikotlah.

2008 masih segar mencatat akhbar Denmark menyiarkan karikatur Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam. Aksi yang menimbulkan reaksi kemarahn umat Islam seluruh dunia. Dari negeri matahari tebit sehingga negeri matahari tenggelam, Umat Islam bangkit menunjuk perasaan, menghantar memorandum, piket dan sebagainya. Akhirnya, setelah sebulan berlalu, suasana menjadi sejuk.

Hampir setahun berlalu, kini tiga akhbar Sweden melakukan aksi yang sama.

Khamis, 11 Mac 2010

Syeikhul Azhar Prof Dr. Sayyid Tantawi

 
Syeikhul Azhar Sayyid Tantawi 28 Oktober 1928-10 Mac 2010

10 MAC 2010 | Riyadh

Dunia Islam digegarkan dengan berita kematian mengejut tokoh intelektual terkenal, Syeikhul Azhar, Prof Dr. Sayyid Tantawi.

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham dijangka akan dikebumikankan di perkuburan Baqi’ al-Gharqad berhampiran Masjid An-Nabawi dan maqam Baginda sallallahu alaihi wasallam di Madinah al-Rasul sallallahu alaihi wasallam.

Allahyarham dilaporkan sedang berada dalam sesi lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim As-Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di Kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudiannya bekerja sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau dilantik sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehingga beliau dilantik menjadi Sheikhul Al-Azhar pada tahun 1996.

Allahyarham juga merupakan salah seorang ilmuan Al-Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya. Moga-moga Syaikhuna ditempatkan bersama para Anbiya’, Auliya’, Syuhada’ dan Solihin di sisi Allah taala kelak.

Al-Fatihah buat Syaikhuna al-Allamah Syaikhul Akbar Dr Muhammad Sayyid Tantawi rahimahullah.

Artikel untuk web MPPMJ

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Isnin, 8 Mac 2010

Bayaran Panggilan Rindu Dimasyq

"Ana dah confirmkan nama nta kepada pihak penganjur. Maksudnya, nta memang akan menjadi wakil MPPMJ ke Syria sebagai panel wacana anjuran PPMS" Mesej ringkas dari Presiden MPPMJ, Us Shahrul Adnan hinggap di HP saya.

Saya menjenguk Hayyi dan Syaukani, bertanyakan kesudian mereka untuk menemani saya ke Dimasyq. Cerita adik bongsu GEGAR pasti menarik perhatian mereka.

Hasrat untuk membalas kunjungan agung Azan ke Jordan ditanam sejak September 2009. Cuti akhir semester pertama dipenuhi tugas untuk PERTAMA ke-4.

 Azan yang sentiasa menjadi Inspirasi

Selasa, 2 Mac 2010

Penipuan Nilai

Semalam, generasi tahun pertama sesi 2009-2010 yang dinamakan generasi K.A.M.I menjalankan program sambutan Kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam. Bertempat di Bayt Hamalatul Quran [rumah yang paling besar] dengan aturan majlis yang sungguh bagus.

Tahniah kepada Akh Rasyidi Ali selaku penyelaras.

Saya cukup berpuas hati. Pendekatan yang benar-benar menjinakkan peserta dan mengikat hati untuk menyelami erti sebenar nikmat kelahiran seorang Nabi dan Rasul.

Sebelum berlangsung, saya dan Rasyidi sempat menemuramah beberapa orang Doktor di Fakulti Syariah Univerisiti Mu'tah. Jawapan yang diberikan cukup baik untuk menjelaskan fikrah.

Pesanan Dr. Syuwesh paling terkesan. 

Perbuatan meliarkan manusia dari agama dengan alasan agama adalah perbuatan terkutuk. Terpesong jauh dari maqasid syariah Islam. Lantikan Allah kepada manusia sebagai pendakwah dan Khalifah adalah untuk menguruskan manusia dengan syariat Allah. Sebagai penyelesai masalah. Bukan penimbul dan pereka masalah.

Rabu, 24 Februari 2010

Sejarah Yang Diulang | New Lahabisme

"Inilah anak saudara kebanggaanku...."

"Anak lelaki ini bakal menjadi pemimpin agung kita suatu hari nanti..."

Mungkin inilah dialog yang berlaku pada hari Isnin, bulan Rabi'ul Awwal bersamaan April 570 Masihi bersamaan dengan tahun Gajah.

Lantaran kegembiraan mereka dengan lahirnya putera sulung Abdullah Bin Abd Muttalib. Beberapa keajaiban berlaku. Tercatat dalam kitab sejarah. Kegembiraan itu terzahir apabila Abd Muttalib sendiri mendukungnya ke dalam Ka'abah lantas memuja dan memuji Allah serta menamakan bayi agung itu dengan nama yang asing pada Arab Jahiliyyah, MUHAMMAD.

Riwayat lain pula menceritakan bahawa, paman-paman baginda dari anak Abd Muttalib juga begitu gembira. Antaranya ialah Abu Lahab yang menyambut kelahiran Muhammad dengan menyembelih unta peliharaannya sendiri.

Mereka berarak mengelilingi Makkah dengan memalu kompang dengan riuh rendah tanda kegembiraan. Kegembiraan  mereka dengan kelahiran Muhammad.

Isnin, 15 Februari 2010

Mengasah Gigi Mengunyah Padi

" Kita sembang di Jordan nanti ye... Namun, semasa belajar, minat harus tinggi kepada bahan mentah, bukan yang sudah masak. Harus minat pada minyak hitam, bukan ron97. Itulah beza pegawai cari gali dengan pengguna :)"

Begitu berakhirnya dialog saya bersama Us Hasrizal seminggu sebelum berlangsungnya PERTAMA ke-4. Hati saya berbunga-bunga menanti pertemuan bersama sifu saya itu. Namun, secara jujur, saya berkira-kira, berpeluangkah aku untuk menuntut janji itu...?

Pertama bermula. Kesibukan menjerut halqum. Penghargaan tidak terhingga kepada AJK Teknikal saya. 

Akhirnya, saya sempat mencelah. Beberapa ruang kosong saya pergunakan sepenuhnya untuk mencedok pandangan Murabbi itu. Waktu paling istimewa apabila sempat bersama Abu Saif ke Mazar Al-Janubi. Menapak menelusuri jejak langkah beliau 10 tahun yang lalu. Stesen minyak, Makam Syuhada', 'rumah kurungan', Bilik Talaqqi dan sebagainya...Syukran Ustaz.

Ahad, 7 Februari 2010

Kelambu Itu Hanya Milikmu

 “ Kalau Ustaz nak tahu, di sekolah saya teruk, ada banyak geng..ada geng pengetua, geng GPK. Hui, kalut jadinya…Tapi saya tak sokong mana-mana geng...” seorang guru cuba berkongsi cerita dengan saya.

Saya selaku orang baru cukup menggeletar bila dikhabarkan dengn berita-berita sedemikian.

“ Orang rumah saya ni memang malas dalam bab masak memasak, sebab tu bila you datang, saya ajak makan kat kedai je, senang..tak perlu tengok muka protes bila diminta masakkan makanan”.

“ Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi dengan bini aku tu..tak larat lagi dah..bila ditegur, membebel” Seorang suami berkongsi masalah kelambunya kepada mantan teman sekelambunya ketika di asrama sekolah menengah.

إن من شر الناس عند الله منزلة يوم القيامة الرجل يفضي إلى امرأته وتفضي إليه ثم ينشر سرها

FALSAFAH KELAMBU

Dalam hadis di atas, Rasulullah mengatakan bahawa, orang mendedahkan cerita aib pasangan masing-masing akan berada pada martabat yang paling bawah, paling hina.

Mungkin dialog yang saya paparkan di atas tidak satu pun sampai ke tahap yang telah disebut dalam hadith ini, namun falsafahnya adalah sama.

Jumaat, 5 Februari 2010

Mohon Pencerahan

Lama tak menulis. Sebab lama sedang mencari, mengkaji sebelum memberi.

Saya sedang berusaha untuk menemukan titik yang paling baik secara ilmiah dengan bukti sejarah, bagaimana kerja kerasnya Yahudi hasil yakinnya mereka dengan Al-Quran dan Hadith-hadit Nabi Muhammad Sallalahu'alaihiwasallam. Sedang mukmin pula hanya asyik menunggu dan menanti, bila janji Allah terlaksana.

Saya juga sedang mengkaji, bagaimana asal usul Yahudi di Madinah. Sedangkan sejarah tak pernah mencatat bahawa ada Yahudi yang dilahirkan di situ sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallahu'alahiwasallam.

Saya juga sedang meneliti, bagaimana Yahudi telah banyak merosakkan umat Islam melalui makanan. Bagaimana peristiwa racun Khaibar. Konspirasi makanan Abbasiyah dan betapa syuhbahnya makanan di timur tengah yang menjaditumpuan pelajar muslim dan merupakan sumber intelektual serta epistemologi muslim.

Andai ada para sahabat yang ingin berkongsi maklumat dan idea serta tunjuk ajar mahupun kritikan, silakan sahaja. Saya persilakan untuk menzahirkannnya pada kotak ulasan dibawah. Kalau tidak, emailkan sahaja kepada saya.
Syukran. Terima Kasih. Thank You.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Ahad, 31 Januari 2010

Jerash, Ajloun dan Umm Qays

Seawal jam 4 pagi, ahli Darul Muttaqin bersiap-sedia menempuh pengembaraan sejauh lebih 300km, membelah tengah menuju utara Jordan.

Antara tempat yang bakal menjadi sasaran Jelajah Jordan kali ini adalah Jerash, Ajloun dan Umm Qays.

Saya, secara peribadinya agak kurang berminat untuk diri ini dipakejkan dalam musafir sejarah.  Pastinya tak banyak yang mampu saya cedok dan teguk. Namun, memandangkan ini kali pertama saya ke sana, ada baiknya saya menyertai mereka yang berpengalaman.

Rancangan awal untuk menziarahi Gua Ashab Al-Kahfi terpaksa dibatalkan. Jadual yang tak konsisten sentiasa menjadi cabaran kepada para Travel Guide.

 JERASH

Selasa, 26 Januari 2010

Sudi Bantu Saya..?

"Ustaz, tolong gantikan ana ceramah minggu ni ye.." , Ketua Bidang Kemanusian Sek Teknik Kuantan meminta saya, guru Sejarah dan Pendidikan Jasmani menggantikan beliau memberi tazkirah di sebuah surau.

" Boleh ke ana ni ustazah..? tu kuliah untuk ibu-ibu tu..saya tak pernah jadi ayah lagi.." , Saya cuba berdalih.

"Ustazkan dari Darul Quran, mestilah boleh...!" ringkas dan padu jawapannya. Ayat umum untuk menjerat graduan Darul Quran.

Hujung minggu itu, saya berkuliah di Surau  Taman Beserah bersama lebih 30 ibu-ibu yang tekun mencari redha Allah.

"Kami tak ada fotografer ni, nta tolong cover sepanjang kursus kita ni..boleh..?", pinta seorang kawan baik saya yang merupakan ajk sebuah program.

"Ana nak minta nta tolong bagi pengisian untuk pelajar IKBN malam ni, tajuknya, Ashabul Ukhdud.." Seorang lagi kawan memohon syafaat.

Jumaat, 22 Januari 2010

Sebelum Kata Hilang Rasa

" Baju-baju ni tak bawa..?" tanya ibu sambil melihat ke arah selonggok pakaian saya.

Saya tersengih, "Tak bawak la kot..dah lebih kilo ni.."

"Makanan-makanan..?" Tanya Ibu lagi.

"Bawak sikit je kot..", sebungkus serunding saya masukkan dicelah kitab-kitab saya. Buku.

"Orang nak ke luar negeri, bawa bekal rempah ratus..kita bawak buku..tu pergi Jordan nak makan roti arab sahaja la tu...Baju pun bawa tiga empat helai..." panjang sedikit komen ibu.

Mungkin kebingungan dengan persoalan, kenapa perlu saya bawa buku, sedang saya akan pergi ke 'kilang buku dan kitab'. Lebih 3/4 barang kargo saya adalah kertas!

Saya tak tahu bila saya mula membaca. Akhirnya bila saya sedari, sudah banyak koleksi kitab dan buku yang saya milik.

Sebelum ke Jordan, saya merujuk kepada beberap senior tentang iklim ilmu di sana. Bagaimana budaya, suasana dan biahnya. Dengan gambaran ringkas yang diberi, saya merancang-rancang plan tindakan saya. Antaranya ialah dengan membawa bekal buku.

Selain buku berbentuk hardcopy, ratusan e-book berbentuk softcopy juga telah saya himpunkan dalam cakera keras laptop saya.

MEDAN JIHAD

Andai medan jihad yang ingin disertai adalah jihad fizikal dan jihad qital, pastinya bekalan saya adalah Raifal M-16 dengan peluru 23 kaliber.

Ahad, 17 Januari 2010

Resipi Hafalan

Saya memang suka memasak walaupun tak berapa pandai dan mahir. Tak pelik andai banyak andaian yang saya datangkan berkaitan dengan dunia dapur.

Resipi Nasi Kerabu.

Resipi Nasi Lemak.

Resipi Nasi Minyak.

FALSAFAH  RESIPI

"Assalamulaikum Mak, macam mana nak masak cili apa ye.. Hanif nak makan ayam masak cili api la mak..?" Se'pucuk' SMS dikirim ke kampung halaman dengan karakter yang tidak melebihi 160.
 
Dua minit kemudian, si ibu membalas dengan 480 karakter. Lengkap. Resipi untuk masakan cili api. Menekuni bait-bait yang tertulis di LCD Nokia E97nya menyebabkan Hanif tidak sabar untuk memasak lauk ayam masak cili api. Kecur air liur Hanif. Kalau boleh, HP Nokia N97 itu pun ingin dimakan, hasil 'lazatnya' resipi yang dikirim ibunya dari kampung.

Sabtu, 16 Januari 2010

Sun Eclipse l Jordan l Jumaat, 15 Jan 2010

"Dan matahari  beredar melalui orbit yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

Sejak seminggu yang lalu, saya bersedia dengan sedikit kelengkapan untuk menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah. Gerhana Matahari.

Melalui maklumat dari Ustaz Muktasyaf dan Ustazah Azma yang berpengalaman dalam bidang falak, saya diberitahu jangkaan berlakunya gerhana matahari di Mu'tah. Lebih kurang jam 8:00 pagi [waktu Jordan].


Sun Eclipse | Jordan | Friday l January 2010 

Dengan berbekalkan gajet yang terhad dan beberpa alatan DIY [do it yourself] saya merakamkan ratusan keping gambar dengan selang 30-80 saat. Sedikit masalah timbul apabila gambar yang dirakamkan agak over exposure, namun dengan bantuan gajet  Canon EOS 1000D yang mampu merakam imej dalam format RAW, saya berjaya mengatasi masalah tersebut.