MOHON SUMBANGAN

Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sesi 2006-2009.

Sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu'tah, Jordan.

Justeru, saya amat mengharap dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari individu, kelompok, organisasi samada berbentuk tajaan, zakat atau infaq.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui email, blog dan telefon. Maklumat seperti yang tertera dibawah, pada Biodata atau klik -mohon sumbangan-.


Sabtu, 16 Januari 2010

Sun Eclipse l Jordan l Jumaat, 15 Jan 2010

"Dan matahari  beredar melalui orbit yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

Sejak seminggu yang lalu, saya bersedia dengan sedikit kelengkapan untuk menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah. Gerhana Matahari.

Melalui maklumat dari Ustaz Muktasyaf dan Ustazah Azma yang berpengalaman dalam bidang falak, saya diberitahu jangkaan berlakunya gerhana matahari di Mu'tah. Lebih kurang jam 8:00 pagi [waktu Jordan].


Sun Eclipse | Jordan | Friday l January 2010 

Dengan berbekalkan gajet yang terhad dan beberpa alatan DIY [do it yourself] saya merakamkan ratusan keping gambar dengan selang 30-80 saat. Sedikit masalah timbul apabila gambar yang dirakamkan agak over exposure, namun dengan bantuan gajet  Canon EOS 1000D yang mampu merakam imej dalam format RAW, saya berjaya mengatasi masalah tersebut.


 Kronologi sepanjang tempoh gerhana


Apa kata Islam tentang Gerhana Matahari? Klik untuk bacaan lanjut.

Terima kasih kepada Us Muktasyaf dan Us Buhairi dari Malaysia atas tunjuk ajar. Juga kepada Ustazah Azma atas perkongsian maklumat dan khidmat pengiraan dan jangkaan. Tidak dilupakan Us Fakhrul Hayyi yang bertungkus-lumus. [tumah]

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

4 comments:

Ashcroftstylus Az berkata...

salam abg,

amik gamba tu ke? pakai filter gapo?

boleh x cite detail pasal filter tu.........

hasanhusaini berkata...

Salam, Filter tu ana buat sendiri..pakai cermin tingkap rumah yang warna hitam dan plastik gelap[fail]...

Yang penting, ana guna 300mm + 2X tele conveter = 600mm.

Setting :

Apature : f/45 [maximum]
Shutter : 1/4000 [maximum]
iso : 100
Metering : Center weight
Format : RAW

lepastu, sedikit edit dengan digital Photo Profesional untuk kurangkan 'brightnes' dan naikkan sedikit 'contras'...

Tanpa Nama berkata...

kreatif2...
guna cermin tingkap dgn plastik???
x pernah dibuat orang..
shot yang cantik...
mabruk!

Ashcroftstylus Az berkata...

nice, idea kreatif.....
inovasi yg canggih..

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]