Rabu, 24 Februari 2010

Sejarah Yang Diulang | New Lahabisme

"Inilah anak saudara kebanggaanku...."

"Anak lelaki ini bakal menjadi pemimpin agung kita suatu hari nanti..."

Mungkin inilah dialog yang berlaku pada hari Isnin, bulan Rabi'ul Awwal bersamaan April 570 Masihi bersamaan dengan tahun Gajah.

Lantaran kegembiraan mereka dengan lahirnya putera sulung Abdullah Bin Abd Muttalib. Beberapa keajaiban berlaku. Tercatat dalam kitab sejarah. Kegembiraan itu terzahir apabila Abd Muttalib sendiri mendukungnya ke dalam Ka'abah lantas memuja dan memuji Allah serta menamakan bayi agung itu dengan nama yang asing pada Arab Jahiliyyah, MUHAMMAD.

Riwayat lain pula menceritakan bahawa, paman-paman baginda dari anak Abd Muttalib juga begitu gembira. Antaranya ialah Abu Lahab yang menyambut kelahiran Muhammad dengan menyembelih unta peliharaannya sendiri.

Mereka berarak mengelilingi Makkah dengan memalu kompang dengan riuh rendah tanda kegembiraan. Kegembiraan  mereka dengan kelahiran Muhammad.

4 DEKAD KEMUDIAN

"Ya Sohaabaah..." Muhammad berteriak dari puncak Bukit Safa.

"Muhammad menyeru kita untuk berkumpul di Bukit Safa", kata salah seorang dari mereka.

Mari kita dengar apa yang akan diberitakan oleh Al-Amin itu..." sahut yang lain.

Lalu masyarakat Arab Quraisy Mekah datang berkumpul di kaki Bukit Safa. Muhammad di puncaknya.

Lalu Muhammad bersabda :

Wahai Bani Abd Muttalib, wahai Bani Fihr, wahai Bani Kaab ! Apa pandangan kalian, andai aku beritakan bahawa di sebalik bukit ini, ada bala tentera berkuda yang ramai, siap sedia untuk menyerang kamu...Apakah kamu akan percaya...?

"Kami percayakan kamu wahai Muhammad Al-Amin ( yang amanah dan berintegriti )..",  sahut sekalian manusia yang hadir di kaki Bukit Safa itu. Suara itu kuat menggearkan Lembah Gersang itu. Salah satunya mungkin suara Abu Lahab dan Abu Jahal.

Lalu Muhammad menyambung :

"Sesungguhnya aku adalah Rasululah yang ditugaskan untuk memberi amaran kepada kalian yang aku sayangi, bahawa dihadapan kamu, Allah sediakan azab yang pedih lagi dahsyat."

Mendengar kalimah itu, telinga Abu Lahab berdesing. Hatinya panas membara. Kasih sayang dang hormatnya terhadap anak suadara kesanyangannya ini hilang.
"Celaka kamu wahai Muhammad !! Hanya kerana hal ini kamu menumpulkan kami...? "

Lalu, pada detik itu, bermulalah perancangan untuk menyingkirkan Muhammad dari muka bumi ini. Perancangan demi perancangan, Komplot demi komplot. Sehingga fitnah demi fitnah dan kejian demi kejian.

Sumayyah akhirnya dibunuh. Bilal diseksa. Nabi dilempar dengan najis.

Tawaran kekayaan, pangkat dan perempuan ditolak mentah-mentah oleh Muhammad. Satu penghinaan yang besar kepada Musyrikin Quraisy. Lantas mereka memperkasakan serangan.

Sekatan dan pemulauan ekonomi dilancarkan  terhadap ekonomi umat Islam dan Quraisy. Muslim tertekan dan terhimpit.

13 tahun dalam seksaan di Mekkah, akhirnya Muhammad ke Madinah untuk membina Daulah dan siasah demi meneruskan dakwah Islamiyah.

1400 TAHUN KEMUDIAN

Riuh rendah pasti berlaku pada tanggal 12 Rabi'ul Awwal setiap tahun. Merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam.

Perarakan, jamuan, persembahan dan majlis keramaian sempena Maulid Rasul. Saya tidak tuntas untuk berbicara pada sudut hukum. Apakah ia bid'ah mahupun bukan. Apakah ia harus, sunat atau haram. Tidak.

Saya hanya cuba menyajikan sebuah cerita yang diharapkan mampu membawa manfaat dan kesedaran. Perbandingan antara cerita klasik 1400 tahun dahulu dan zaman sekarang.

Cuba membuat perbandingan, watak Abu Lahab pada zaman Quraisy dan  wata-watak Abu Lahab versi 'Pandang Ke Timur', Abu Lahab versi Wawasan 2020 atau Abu Lahab versi 'Koridoraya Multimedia'. Saya juga cuba menyelidiki apakah Abu Lahab masih wujud pada zaman One Malaysia....?

Saya terdengar berita yang disampaik dari angin Mediterranean, ada pihak yang marahnya berkobar apabila perarakan Maulud Muhammad 'batal' di kepulauan Melayu?

16 Mei 1964 menerima berita kematian mengejut Prof Dr Zulkifli Muhammad. Musuh politik yang digeruni pemerintah Tanah Melayu. Ada yang mengatakan, ianya adalah sebuah kemalangan yang dirancang. Konspirasi bunuh.

 
Saya juga ada terdengar bahawa 'sesuatu' akan berlaku andai enakmen Syariah yang berciri-cirikan undang-undang yang pernah dipraktikkan oleh Muhammad dilaksanakan di negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga atau Serambi Mekah.

Saya juga pernah terdengar, ada orang kaya dan orang besar yang mencanangkan bahawa 'industri sup tangan manusia' terkenal di negeri itu.

Saya juga pernah terdengar tentang berita beberapa orang kampung yang sedang berkumpul dalam majlis pengajian untuk mengenal Islam. Mereka berusrah sepersis yang dipraktikan oleh Muhammad di rumah Al-Arqam ibn Abi Al-Arqam 1400 tahun dahulu. Akhirnya Ustaz tersebut bersama  17 anak muridnya di tembak dan dibunuh. Puluhan cedera manakala ratusan ditangkap dan ditahan. 19 Nov 1987 mencatat sejarah itu.

Saya juga pernah tahu, bahawa ada sekumpulan orang besar dan orang kaya negara, berusaha gigih untuk menyekat bantuan kewangan serta memulaukan ekonomi Kelantan.

Lalu saya termenung seketika. Berfikir dan merenung. Semacam cerita ini pernah berlaku 1400 tahun dahulu.

Apa pandangan anda...?

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

(1) Sirah Nabawiyyah [ Ibn Hisyam ] 
(2) Sirah Nabawiyyah [ An-Nadwi ]
(3) Sirah Nabawiyyah [ Al-Mubarakfuri ] 
(4) Fiqh Sirah [ Dr. Said Ramadhan Bouthi ]

7 ulasan:

  1. asslamualaikum lie.ade tersilap rasenya lie nak taip aku tp tertaip "kau rasulullah.."'afwan..syukran atas perkongsian yg amat bermanafaat ini.

    BalasPadam
  2. seperti generasi abu lahab tidak akan hilang di dunia

    BalasPadam
  3. Ya Rasulallah...
    begitu hebat prjuangan baginda,
    walau dikeji dihina dicaci dicerca,
    cekal serta tabah tnpa mgharapkan apa2,
    agr Islam brksnmbungn n ummat terbela...

    BalasPadam
  4. sejarah berulang kerana pemerintahan yang sama pada zaman Rasulullah akan kembali

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ya akhi kareem,

    Ya, seperti kita begitu hampir dan dekat. Pertama kali pandang, saya mula terfikir. "Eh nak semacam blog sendiri.."

    Rupa-rupanya bukan. Tetapi blog Hasanhusaini.com. Apapun, salam ukhuwwah dari bumi badawi.

    Dalam hidup ini, orang zalim akan selalu menjadi musuh Islam bermula dari dahulu hinggalah sekarang. Takkan terhenti selagi kiamat tidak menjelma.

    BalasPadam
  6. Salam.

    Faridrashidi.com & hasanhusaini.com.
    Saya antara pembaca setia keduanya.

    Moga membawa cahaya untuk Malaysia nanti.

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]