Selasa, 10 Ogos 2010

Bodoh Sombong Budaya Kita

Marah...?
"230 Dinar Urduni..." beritahu kerani kaunter bayaran yuran universiti. Matanya langsung tak memandang mata saya. Tajam merenung ke kaca komputer sambil tangan kanannya sibuk meletup-letupkan jari-ajri tangan kirinya.

Saya letakkan 130JD di atas meja sambil tangan kiri menyeluk saku mengambil baki 100JD untuk menggenapkan jumlah yang perlu dibayar. Duit yang saya letakkan dimeja diambil dengan tangan kiri namun kemudiannya dihempaskan semula sebelum resit saya dikoyakkan.

"Aku kata 230JD!! Bukan 130JD...Kalau kamu miskin, baliklah ke negara kamu! Jangan asyik meminta belas kasihan di negara kami!!" Matanya merah padam.

Tangan kanan saya yang sedang menggenggam 100JD terkaku sementara. Mata-mata yang lain memakukan pandangan mereka pada saya dan kerani tesebut. Bisikan apa yang mereka tujahkan saya tidak pasti. gegendang saya masih bergetar dengan kata-kata tersebut. Hati pula bagai dihiris-hiris.

"Sollu 'allan nabiy, sollu 'alan nabiy", seorang kerani lain menenangkan anak harimau lapar tersebut. Saya beralih kaunter. 230JD saya serahkan sekali gus. Ingin juga lidah menuturkan cela, namun saki baki kesabaran yang dipupuk mampu memadamkan semula bait celaan puitis itu.

Saya melangkah berat keluar dari bangunan itu menuju ke Coaster.

Saya hanya bertenggek ditangga dan menyandarkan diri ke tepi pintu. Coaster meluncur laju tanpa menghiraukan isyarat jalanraya dari JKR. Tiba-tiba tingkap diketuk dengan syiling. Tanpa signal, terus membelok ke kaki jalan di sebelah kanan. Kenderaan di belakang menekan hon bertalu-talu. Pelbagai irama keluar dari corong hon siput  dari gergasi 10 tayar yang sedang sarat dengan beban batu bukit. Seorang perempuan turun dari coaster tanpa menutup kembali pintu yang dibukanya. Tanpa rasa bersalah, melangkah condong ke kiri dan ke kanan dengan baju ketat dan bonggol unta di kepala. Saya menggelengkan kepala sambil merapatkan daun pintu. Coaster meneruskan perjalanan.

Tiba di destinasi, saya menghulurkan syiling 50 Qirsy. Tambang hanya 17 Qirsy. Tadahan tangan saya menerima puluhan keping syiling tembaga merah. Sambil melangkah turun, baki yang diberi saya hitung. 25 keping. Masih kurang 8 Qirsy. Sudahlah syiling tembaga yang diberi, kurang pula 5 Qirsy. Memang istiqamah betul pak cik driver ni menipu. HUH.

Suhu hari ini mencecah 38 Selsius. Kepala saya juga turut terbakar. Hati juga sedang membara. Nikmat musim panas. Debu-debu berterbangan menghadkan jarak pandangan meski di siang hari.

Sampah-sarap di merata-rata.

Asap rokok berkepulan di dalam bas berhawa dingin. Putingnya pula menjadi hiasan di mana-mana.

Hon bertalu-talu membingitkan suasana.

Urusan pejabat yang berterabur dan kucar-kacir disertakan pula dengan peraturan yang caca-merba.

Masuk ke rumah pula, teringatkan internet yang masih belum dibaik pulih. Aduan sudah dibuat berkali-kali. Technician yang datang bagaikan melepaskan batuk ditangga. Balik tanpa apa-apa respon selepas meneguk teh yang dihidangkan.

Huh. Rupanya saya sedang marah. Saya perlu redakan marah sebelum melangkah masuk ke rumahku, syurgaku. Kawan-kawan saya tak berhak untuk menerima tempias bahang kepanasan saya di luar sana. Senyum. Saya perlu rdakan marah, agar tulisan saya tidak disertakan amarah. Saya perlu redakan marah, agar minda saya tidak terus lemah. Pembaca saya tidak berhak untuk pening dan kusut untuk menyusun idea yang saya cuba sampaikan.

Teringat 3 tahun lalu. Kami sedang menjamu selera di kedai fast food. Menikmati ayam goreng rangup yang diuat oleh 100% muslim. Kekhusyukkan saya terganggu dengan ulasan dua orang penduduk tempatan terhadap cara makan kami. Dinosor menjadi titik persamaan apabila ayam yang kami order hanya tinggal tulang dan sisa yang sudah tidak layak dimakan. Cara makan kami dianggap jijik pada mereka yang cukup suka membazirkan makanan yang banyak dibeli selepas menjamahnya sedikit dan ditinggalkan berselerak.

Teringat pesan seorang pensyarah, "Hargailah keberadaan kalian di sini dengan memperkasakan bahasa. bahasa yang akan menjadikan kalian bijak, alim dan mampu meberi manfaat. Kami tidak punyai pengurusan yang baik untuk mengurus kalian. Kami tidak ada ilmu yang banyak untuk mengalimkan kalian. Kami tidak ada atitud yang terpuji untuk dicontohi kalian. Kami ytidak mempunyai apa-apa melainkan satu laut, itupun laut yang mati, [Dead Sea]."

Teringat pula kisah perbualan saya dengan seorang penduduk tempatan. Pemandu kereta yang ramah, umur yang menjangkaui 30 tahun, namun masih bujang teruna. Bila ditanya kenapa masih belum berumah tangga, beliau memberi jawapan yang menarik.

"Aku bukan hanya perlu sediakan rumah tangga, bahkan perlu menyediakan segalanya termasuk kereta, barang kemas, rumah, alat solek dan wang hantaran yang mencecah 10-15 ribu Dinar." Jawapan ikhlasnya itu disusuli denga keluhan yang panjang dan dalam.

Saya merenung jauh, perempuan pemalas seperti tadi dengan 'harga' 10 ribu Dinar [RM50 ribu]...?

Patutlah ramai yang masih belum berkahwin. Patutlah ramai yang masih menganggur. Patutlah ramai yang panas baran. Patutlah ramai yang suka menipu dan kadang-kadang mencuri!

Moga Bodoh Sombong tidak menjadi Budaya Kita.

Moga artikel ini berjaya menekan butang off kepada hati yang panas dan jiwa yang kacau.

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

4 ulasan:

  1. salam ramadhan..cerita hati seorang anak perantauan di dataran syam..

    BalasPadam
  2. Sekali fikir nak je berada dlm Tanah Air tercinta,,tapi niat,azam n tekad itu datang kembali,ingin kuasai hikmah2 hasil tinggalan para anbiya' dan syuhada' di sini..pesan pada hati:anak2 penjejak syuhada',bersabarlah dgn mereka yg jumud dan bodoh sombong ini...

    BalasPadam
  3. ana tertarik membaca tulisan ini,,.;'sistem, budaya yang kian membarah malah boleh menghancurkan,,. topik utama membarah dan menghancurka,,..;; begitu juga 'dsini' sedih dan mengharukan',.kalau dulu teruja dengan kata-kata "jika aku diberikan 10 pemuda aku akan mengongcang dunia" tp setelah ana disini.......sepi tanpa kata, sambil mencari-cari mana 10 pemuda itu.,,'';atau mungkin penerus generasi itu. kalau disni kaya dengan minyak..,minyaknya di darat tak perlu bersusah-susah untuk ketengah laut menggerudi dasarnya, jimat belanja. Tp yg mengeruskan bukan syarikat dalam negara tp luar negara yang menguasai. paip-paip minyak bercerujuk diperut bumi untuk menyedut dan menghisap dengan rakusnya cecair hitam pekat itu. orang kampung yang tidak mengerti nilainya hanya melihat, iya betul apa yang dapat dibuat jika diberikan minyak hitam tanpa diolah terlebih dahulu dan orang kampung itu tidak tahu bagaimana untuk mengolahnya supaya menjadi berharga.

    minyak diambil, tapi kampung itu masih x de jalan berturap,,,.x de letrik''n yang ...........sistem pendidikan di kampung itu,,tidak seperti dibandar..,,';

    BalasPadam
  4. tersentap seketika bila membaca artikel ini..
    sesungguhnya pengalaman saudra memberi ibrah buat saya...
    smga apa yang Rasullh ajrkan akna terus sudur hidup dalm jiwa kita

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]