Rabu, 11 Ogos 2010

Memburu Hilal Ramadhan 1431H

Selasa 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Sya’ban 1431H, Iraq, Jordan.

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Mu’tah [PERMATA], melalui Biro Penerbitan dan Penerangan telah menjalankan aktiviti mencerap anak bulan Ramadhan untuk tahun 1431H. Program cerapan sebegini adalah yang pertama diadakan di Jordan.

Bergambar sebelum pulang ke Mu'tah
Program bermula dengan ketibaan seramai 70 peserta dari Mu’tah dengan menaiki Coaster. Tepat jam 6.45 petang, sedikit ucapan dari pengarah Program, Ustaz Ihsan Fadhli Bin Che Min, merangkap Ketua Biro Penerbitan dan Penerangan PERMATA.

Ucapan Presiden PERMATA
Seterusnya, Presiden PERMATA tampil menyampaikan ucapan aluan dan kata-kata semangat untuk menyambut Ramadhan. Beliau berharap agar ahli PERMATA dapat membuka ufuk minda demi menerima segala jenis ilmu yang boleh diambil manfaat dalam kehidupan. Al-Hikmah adalah barang keciciran orang mukmin, rebutlah ia walau dari mana pun sumbernya. Presiden juga mengucapkan tahniah kepada BPP kerana telah berjaya mencetuskan idea baru seterusnya menjadi perintis kepada ahli PERMATA dan seluruh rakyat Malaysia di Jordan umumnya bagi menerobos sisi baru berkaitan dengan ilmu falak dan astronomi.


Taklimat Sebelum Mencerap
Program diteruskan dengan pembahagian peserta kepada kumpulan syabab dan akhawat. Ketua BPP mengepalai sesi taklimat dan tutorial syabab, manakala Ustazah Azma dan Timbalan Ketua Biro, Ustazah Fatin Najihah mengepalai taklimat sebelah akhawat.


Akhawat Khusuk Mendengar Taklimat
Tepat jam 7.15 malam, cerapan mula dibuat dengan mengikuti pergerakan matahari terbenam dan mencerap hilal yang dijangka berada disebelah kiri matahari. Sejurus matahari tenggelam, cerapan semakin serius. Para peserta semakin bersemangat untuk menyaksikan salah satu tanda kebesaran Allah.

Data yang dikumpul sejak sebulan yang lalu melalui bantuan perisian seperti Stellarium dan laman jaringan astronomi menyatakan bahawa Altitud bulan selepas matahari terbenam hanyalah setinggi 0.62o. Ia merupaka jarak yang agak kritikal untuk dicerap. Tambahan pula, keadaan ufuk yang agak berkabus. 10 minit berlalu, akhirnya pengarah program mengumumkan bahawa waktu cerapan berakhir.

Para peserta walaubagaimanapun tetap bergembira dengan satu hadiah yang tidak terjangka dari pihak penganjur. Planet Venus menonjolkan diri sebagai pengubat rindu.

Tepat jam 7.50, para peserta selamat kembali ke Mu’tah dengan perasaan penuh bersemangat untuk menyambut Ramadhan dengan bertarawih dan berpuasa pada keesokan hari.

Sehari sebelum acara berlangsung, beberapa ahli jawatankuasa telah datang ke Bukit Iraq untuk memastikan segala data yang terkumpul adalah tepat dan lengkap.

Salam Ramadhan dari BPP dan PERMATA 2010/2011.

HASANHUSAINI,
Mafraq, Jordan.

Tiada ulasan:

Facebook Comments Box: Bloggerized by HASANHUSAINI.COM

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]