MOHON SUMBANGAN

Saya merupakan pelajar lepasan Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sesi 2006-2009.

Sedang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah dalam bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu'tah, Jordan.

Justeru, saya amat mengharap dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari individu, kelompok, organisasi samada berbentuk tajaan, zakat atau infaq.

Untuk berurusan, saya boleh dihubungi melalui email, blog dan telefon. Maklumat seperti yang tertera dibawah, pada Biodata atau klik -mohon sumbangan-.


Khamis, 16 September 2010

Malaysia, Selamat Kembali Ke Fitrah


Hooohoohooo balik kampung...
Hooohoohooo balik kampung...
Hati girang...

Gegak gempita kerata MPV buatan Korea milik En. Suhaimi. Anak-anaknya bergembira menyanyikan lagu lagenda nyanyia Allahyarham Sudirman. Gembira di hati En Suhaimi dan isterinya juga bukan kepalang. Kampung halan yang tenang dan damai seakan melambai-lambai kepulangan mereka. Hatta lembu dan kerbau ditengah bendang juga seakan turut bergembira. Mereka kembali ke kampung halaman. Kembali ke tempat asal.

Aidilfitri menjadi hari yang paling gembira dalam setahun. Ianya cukup signifikan dan penting pada kehidupan pusingan setahun manusia yang bergelar muslim. Aidilfitri diraikan oleh semua lapisan masyarakat. Dari si kecil yang masih belum petah bertutur kepada sang tua yang sudah tak larat bertutur.

Soalnya, kenapa kita bergembira...?

Apakah kerana bertemu sanak saudara?

Atau beraya selepas sebulan terpaksa berpuasa?

Atau kerana dapat bercuti lebih lama dari biasa?

Atau kerana pendapatan berlipat ganda dengan tibanya hari raya?

Atau kerana kembalinya kita kepada asal? Kembali kepada tempat kehidupan yang suci bersih dari segala dosa dan noda? Kembali kepada fitrah kejadian manusia.

Andai soalan yang menarik hati kita untuk dijawab adalah soalan kelima, maka, layaklah kita untuk bertakbir dan bergembira. Bahawa kita sebenrnya masih tidak lari dari fitrah manusia. Sukakan yang baik dan terbaik. Sukakan pahala lebih dari dosa. 

Moga kegembiraan fizikal kita untuk kembali ke asal, fitrah kampung halaman itu, dirasai juga oleh rohani kita yang turut kembali kepada fitrah jiwa rabbani. Jiwa bertuhan. Jiwa yang bebas dari telunjuk hawa nafsu dan juga Syaitan. 

Kita telah berjaya untuk berkata tidak kepada harta benda milik kita, semata-mata kerana ianya adalah arahan dan perintah Allah. Makanan lazat dan minuman yang menyelerakan tidak kita pandanga walau sebelah mata demi mengagungkan syariat berpuasa di siang hari Ramadhan.

Raikanlah kejayaan kita dengan takbir dan tahmid di Aidilfitri.

Sultan Muhammad Faris Petra
Sehari selepas Aidilfitri, sibuk di media massa, cerita dan berita tentang pemerintah negeri Kelantan. Khabarnya, Tengku Mahkota yang menjadi Pemangku Sultan bakal dimasyhurkan dan ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru, menggantikan ayahandanya yang masih gering.

Berita itu menjadi nyata. Meski ada pihak yang tidak bergembira. Berita itu saya sambut dengan sujud kepada yang Esa. Ya Allah, jadikanlah negeriku sebagai negeri perintis untuk dituruti oleh negeri lain agar sama-sama kembali kepada negeri fitrah yang pemimpinnya rabbani.

Berbezakah Sultan, Tok Guru dan Rakyat Jelata..? Alhamdulillah..
1990 pernah bersaksi, Kelantan mempelopori. Menjadi pemula, negeri pertama dipimpin oleh Ulama'. Kini, Kelantan lagi tampil, dipimpin oleh Sultan yang rapat dengan Ulama', mesra dengan rakyat. Raja yang memimpin negeri, raja yang sama mampu memimpin rakyat jelata dalam solat.

Sejarah pernah bercerita, keakraban raja dengan ulama' menjadi prasyarat penting untuk melangkah ke arah kemakmuran hakiki. Kebahagiaan abadi.

Ya Allah, kembalikan daku, negeriku dan negaraku ke daerah Fitrah. Ameen.


Selamat hari Malaysia. 

"Bersama Menuju Fitrah, menggapai Khilafah".

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

1 comments:

Annamir berkata...

"Ya Allah, kembalikan daku, negeriku dan negaraku ke daerah Fitrah. Ameen"

Allahumma Aameen!

Catat Ulasan

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]