Isnin, 6 September 2010

Menunaikan Hak

"Ma, hadiah dah sampai ke belum..?

Itulah pertanyaan saya sebaik sahaja menghubungi ibu di KLIA. Hadiah seberat 70kg, kiriman udara dari Bumi Anbiya' Jordan selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 7.27 malam. Azan berkumandang, kurma dikunyah dan ditelan, iftar. Musafir selama 13 jam berakhir. Jordan, Lubnan, Oman dan Malaysia.

Udara tanah air yang lembap menyapa pipi. Hirupan udara khatulistiwa ini terasa basah dirongga hidung.

15 minit di balai ketibaan, naqib saya datang menjemput. Proton Iswara kelabu milik beliau sendiri. Beliau sudah pakar memandu sekarang. Senyum.

Saya tahu, Malaysia bukanlah tanah istirehat. Bahkan inilah tanah juang yang harus saya sirami. Banya benar tugas yang mesti dilangsaikan haknya. Hak-hak orang lain pastinya menjadi keutamaan saya. Hak sendiri, akan ditunaikan andai berpeluang.

5 hari di Kelantan, saya terus berhijrah ke Kuala Lumpur. Bersama seorang sepupu yang bakal ke Jordan. Mencari sedikit sumber kewangan untuk beliau dan mencari dana untuk persatuan PERMATA. Menguruskan juga sedikit pesanan dari Jordan. Memudhkan perjalanan, seekor 'Kancil' dipergunakan secara maksimum.

Pertemuan bersama pegawai dan pengarah Darul Quran didahulukan. Beberapa penjelasan diminta untuk memberi gambaran jelas kedudukan beberapa isu yang masih belum selesai sehingga hari ini.

Beberapa pertemuan dengan orang besar kerajaan juga turut diatur. Dato' Dr. Zahid menjadi orang yang pertama ditemui. Terima kasih kepada imam Pusat An-Nur yang banyak membantu.

Bersama Dato' Saifuddin dan Delegasi DPPP
Tanpa diduga, undangan untuk bersama Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang cukup kritis dan popular dikalangan mahasiswa hari ini oleh Naqib Idris tidak saya ketepikan. Suara dari Jordan, Syria dan Arab Saudi saya luahkan sewaktu pertemuan empat mata di pejabat beliau. Moga ada kesan yang baik untuk semua.

Dalam masa 10 hari di Kuala Lumpur, tiga kali saya ke KLIA. Menyambut rakan-rakan yang baru kembali. Pulang dari tanah perjuang ke tanah perjuang. Tiada istilah rehat untuk kami ungkapkan.

GEGAR gearbox di Bangi.
Impian untuk bertemu kembali bersama Usrah Ghuraba' direalisasikan di Darul Quran. Iftar bersama di Golok yang masyhur. Impian bersama Usrah GEGAR pula terlaksana di meja makan restoran Sup Gearbox. Ikan Kerapu yang mengumpan kami, bersama semangkuk sup gearbox dan telur dadar. Allah bersaksi, pertemuan kita bukan kerana sup kaki mahupun kerapu tiga rasa, bahkan kerana hati kita diikat oleh DIA. Ya Allah, saksikanlah. Kami ingin bernaung di bayangan Arasy-Mu, bersembang di Firdaus-Mu.

HASANHUSAINI, 
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

1 ulasan:

  1. na'am..sang pejuang x pernah istirehat..mantap la Abe Ngah kito ni..bulih tgk gambar sup gearbox ok la..rayo tu ajok la gegar2 gi jale dumoh tu deh..huhu

    BalasPadam

Komen Anda Adalah Buah Tangan Terbaik [hasanhusaini]