About Me

Nama : Mohd Ihsan Fadhli Bin Che Min
Nama Pena : Hasanhusaini
Merupakan anak sulung kepada pasangan Che Min @ Yunus Bin Yaacob dan Noraini Binti Abdul Wahab. Namun ditakdirkan menjadi yatim setelah berumur 4 tahun. Dididik oleh datuknya, Ustaz Haji Abdul Wahab Bin Mohamad yang merupakan guru ugama yang masyhur di Nilam Puri. Mendapat Syahadah (sijil) Tahfiz Al-Quran dari Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat, (MTDQ) Repek, Pasir Mas, Kelantan dan memiliki Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dari Darul Quran dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah ( Fiqh dan Usul ) di Mu'tah Universiti, AlKarak, Jordan.

KELAYAKAN AKADEMIK
2009
Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (Jayyid Jiddan)
Darul Quran JAKIM, Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

2013 
Sarjana Muda Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul Fiqh, Mu'tah University, Karak, Jordan. 

Membina pengalaman dengan menjawat beberapa jawatan dan tanggungjawab :

IMAM TARAWIH :
  1. 2000 : Surau Kg. Biah, Kota Bharu Kelantan.
  2. 2001 : Surau Institut Kemahiran Mara, Pasir Mas Kelantan
  3. 2002 : Masjid Mukim Bunut Susu Pasir Mas Kelantan.
  4. 2003 : Masjid Al-Syakirin, Kg Perol, Kota Bharu Kelantan.
  5. 2004 : Surau Al Mujahidin, Desa Surada, Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor.
  6. 2005 : Masjid Mukim Pendek, Kota Bharu, Kelantan.
  7. 2006 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  8. 2007 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor, Masjid UKM.
  9. 2008 : Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
  10. 2010 : Masjid Al-Ikhlas, SS3, Kelana Jaya, Selangor.
  11. 2011 : Masjid Al-Ikhlas, SS3, Kelana Jaya, Selangor.
  12. 2012 : Masjid Al-Ikhlas, SS3, Kelana Jaya, Selangor.

MENGAJAR :
  1. Kelas Bimbingan Fardhu 'Ain, Al-Quran & Qiraati, Masjid Al-Syakirin, Kg Perol, Kota Bharu, Kelantan
  2. Sek Men Teknik Kuantan, Pahang ( Guru Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan )
  3. Pentazkirah tetap Ramadhan 1423 H, Masjid Al-Ikhlas, SS3, Kelana Jaya, Selangor.

KERTAS KERJA
  1. Muslim Realiti dan Muslim Fantasi, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor.
  2. Islam Dan Sekularisme, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor
  3. Mencerap Hilal Ramadhan, Mu'tah University, Jordan
  4. Astronomi dan Astrofotografi, COSMIK MPKJ, Al-Albayt University.
  5. Materialisme Dalam Masyarakat Melayu, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.
  6. Politik Kulit, Politik Isi, Mu'tah University, Jordan

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI :
  1. Setiausaha, Lajnah Hal Ehwal Siswa PERKEMAT DQ Sesi 2006-2007
  2. Timbalan Pengerusi, Semester AQRAB, PERKEMAT DQ Sesi 2007
  3. Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran, Kuala Kubu Bharu. Sesi 2007-2008 (PERKEMAT DQ)
  4. Ketua, Unit Pengisian Biro Dakwah, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) 2009-2010
  5. Ketua, Unit Dakwah dan Pembinaan Insan Mahasiswa Tahun 1, 2009-2010
  6. Ketua, Biro Penerangan Dan Penerbitan, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) 2010-2011.
  7. Yang Dipertua, Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ) Nov 2011- Mei 2012
  8. Presiden, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah.(PERMATA) April 2012 - Mac 2013.
  9. Naib Presiden II, Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan. (MPMMJ) April 2012- Mac 2013.
Cukup berminat untuk menambah pengalaman dalam pelbagai bidang. Meminati bidang fotografi, Teknikal, IT, Sejarah dan Ketamadunan, Falsafah, Dakwah, Kepimpinan, Politik dan cukup suka memasak dan membaiki barangan yang rosak. Barang dan juga orang.
Tahun akhir pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah ( Fiqh dan Usul Fiqh) di Mu'tah University, Jordan.
Penyumbang artikel dan penulis jemputan kepada beberapa Jurnal, Majalah, Makalah, Blog dan Web.
Boleh dihubungi melalui :
Flickr : Flickr
Facebook : hasanhusaini